seperti yg diketahui umum, aku mmg seorang yg suka berekperimentasi dgn hidup sendiri,,jadi pada 2 hari or selama 2 hari aku telah mematikan telefon bimbit aku..aneh bukan? yaa aku mmg aneh..selama hp di'off'kan..aku telah merekodkan data2 tersebut..
masalah : siapakah orang yg akan menghubungi/merindui aku?
hipotesis: jika hp dimatikan maka susahlah orang nk hubungi aku
pembolehubah dimanipulasikan: selama/waktu hp dimatikan
pembolehubah bergerakbalas: misscall or delayed msg
pemboleubah dimalarkan: tempat hp diletakkan, jenis hp, warna hp..
bahan-bahan: hp nokia 5300
radas: jam randik
prosedure:
1. lihat jam dan hp dimatikan
2. letakkan hp pada suhu bilik
3. selepas dua hari, on balek hp anda dan lihat msg2 or misscall yg anda dapat..
keputusan:
1. msg dr mak suruh pergi dewan jubli intan, dr faiz angkasawan wat jelajah johor..
2. juga msg dr mak suruh sidai baju
3. dua misscalls dr syera
4. msg2 haram dr celcom..
kesimpulan:
maka jelaslah jika hp dimatikan, tiada org dapat menghubungi kita..
p/s: takde org rindu aku rupanye..
1 comment:
ala sedih nye!!!!
i miss u too diba!!!
hehe
Post a Comment