Saturday, August 27, 2011

Kadang-kadang benda senang boleh jadi susah

Aku mintak buat benda senang pun kau susah nak buat. Aku tak suruh kau keluar duit sesen pun. Kalau pun aku mintak duit kau, itu untuk kebaikan kau sendiri. Aku suruh buat itu, buat ini, yang aku tengok geraknya sikit. Aku bukan bossy, bukan perintah kau sana sini. Tapi penat la

Aku sekarang dah jadi orang kuat bebel tau.

Benda senang, takkan sampai nak berbuih mulut aku tegur. Aku bukan suka nak tegur kau. Nak cakap dengan kau pun kalau boleh aku malas. Kau lagi tua dari aku. Terlebih-lebih tua.

Tapi apa yang nak peliknya pun kan..

Mak aku suruh pun kau haram tak buat, apetah lagi aku punye air liur. Lagi la kau rasa tak qualify nk tegur kau itu ini.

Please..

Sampai bila kau nak hidup atas ihsan orang lain?

Sampai bila kau nak hidup berlandaskan masa lalu?

Sampai bila kau nak hidup harapkan orang suap kau?

Sampai bila aku tanya..kau bukan budak kecik nak kene cebokkan berak. Kau bukannya ade waris nak jaga kau betul-betul bila kau dah takde upaya nanti. Kau bukannya ada pangkat dan darjat untuk orang ikut cakap kau.

Yang kau ada cuma..

Diri kau..

Cuba sekali kau pikirkan orang lain. Pikirkan susah senang orang jaga kau masa kau sakit. Pikirkan orang lain punya bantuan tolong hantar kau, jaga kau, masakkan kau, buat itu ini untuk kau. Tapi yang kau pentingkan cuma tidur kau, harta kau, ubat kau. Tuhan? Aku taktahulah kau ingat ke tak. Yer maybe kau ingat pasal kau selalu beristighfar panjang. Tapi solat kau mcm mana pulak? Come on, aku nampak la rutin harian kau.

Please, hidup jangan nak senang sangat. Family aku nak jaga kau dah kira cukup baik.

Jangan nak lemak

Wednesday, August 17, 2011

kurus, gemuk..that's the arts of being human.

Aku ade follow satu blog ni. selalu aku baca just sekadar hiburan. but the latest entry yang this lady noe post buat aku motivated untuk bercakap benda yang lebih kurang sama; masalah almost semua perempuan hadapi, berat badan, body figure dan adik beradiknya (aku cakap almost psl mmg semua perempuan aware, termasuklah perempuan yang takde masalah sekalipun, die tetap rasa die ade) Kalau korang dah klik kt link yg aku link tu, then baca, aku pun ade pengalaman dua darab lima. pengalaman yg boleh men-down-kan self esteem aku, yang buat aku rasa fuck up gile.

it's been years dah..aku sedar badan aku start naik masa aku sekolah menengah. aku tak tahu punca sebenar masalah ni. tapi aku ade teori sendiri; masa aku sekolah rendah aku sangat aktif bersukan, especially bola jaring. sampai peringkat daerah aku main. bayangkan, setiap hari aku berlari 20 pusingan padang besar, tak termasuk berlari kejar bola, jadi team defender kejar pihak lawan. HARI-HARI. boleh dikatakan aku mmg fit time tuh. masuk sekolah menengah, aku stop. like totally stop bersukan! memang salah sendiri la. so maybe perubahan mendadak tu menyebabkan badan aku naik gile, selain faktor pemakanan. yer aku suka makan. sape tak suka? tapi aku takdelah melantak macam babi. selain tu jugak, aku perasan genetik keluarga tok abah aku mmg bertubuh besar. tengok jek la perut pakcik2 aku kalau raya, berinci-inci kehadapan. every year rasanya boleh adekan pertandingan perut paling besar dalam keluarga, semestinya pan andak aku mengungguli carta.

since then, ramai gile orang tegur. aku jenis hati kering, malas nak layan. kadang2 aku senyum, kadang2 aku gelak2 tak ikhlas jeh. ade jugak orang yang sama tegur berulang kali, spesis mcm ni jenis tak makan saman. ape yang die nak aku jawab? kadang2 aku rasa nak lempang pun ade. tapi diamkan jek.

nak cakap pasal mulut2 puaka, aku dah immune sangat..

lagi2 pak usu aku, straight jek aku beritahu. die ni jenis manusia tak berputus asa nk annoyed kan aku. setiap kali ok, setiap kali jumpa, confirmmmhh punye tegur "kenapa kau makin tembam?" "uiiihhh dibaaaa..makin besorr" paling bangsat pun die akan senyum sambil geleng2 kepala tgk aku makan. what's the prob sial? aku ade susahkan hidup kau ke? kalau nak fire balik, boleh tadehal. tapi takde kait la. tak tergamak aku nk ckp "takpela aku gemuk, at least aku tak menipu duit atuk. aku gemuk, meaning mak ayah aku mampu bagi makan pakai tak hutang orang sana sini. aku gemuk, mak ayah still hantar aku belajar universiti. tak mcm sesetengah orang tuh, anak UPSR takde A, ade hati pula biarkan budak tu bercinta kt sekolah.."

takk..benda2 tu aku cume terluah kat blog jek. aku tak pernah lagi fire sesapa so far.

pernah juga masa kat cafe MMU, aman jek aku tengah amik kuih nak breakfast, entah celah mana ade pakcik ni cakap dgn member die, "kau tu makan la banyak sikitt kasik gemokk..macam orang sebelah aku niiii..HAHAHA *gelak sial" dengan suara ala2 nasir bilal tapi lebih mencibai lagi. aku diam. die tujukan kt aku ke? aku toleh die. die boleh senyum2 babi pandang aku. die bajet aku nk gelak dgn lawak fuck up die tu? sumpah wei, aku kenal die pun tak, tapi perli aku macam kau member kelas jek kan. aku amek 2 jenis kuih, pergi kaunter, bayar, cari pot duduk. alih2 si cibai ni duduk sebelah meje aku. aku bangun. tukar tempat.

kalau pergi kenduri2 toksah cakap laa..lagi aku kene kebalkan diri utk di-anjing2-kan. pernah satu masa aku join sedara2 aku makan berjemaah. tak sampai 5 saat aku duduk, mak usu aku (wife pak usu aku sebut tadi) suruh aku amekkan die kuih. ok aku taat. selang bape minit lepas tu die suruh aku amek kuih lagi dekat dapur, suruh hidang kt depan. kali ni aku mcm protes sikit. sebab aku baru duduk bai. selamba die cakap "alah jalan la sikit pegi amek kuih, hilang2kan lemak kt sini *point dekat punggung". dengan muka bengang tak habis lagi, aku ikutkan jugak cakap die. sah la diorang ni laki bini sesuai. lepas tu aku aku masih nk duduk situ lagi, bukan aku nk join die sgt pun, tapi aku nk duduk borak2 ngn remaja2 jek. tetibe die bersuara lagi..damn it..kali ni die suruh aku pergi carikkan selipar die. kali ni aku rasa over dah..tak cukup kuih, selipar pun jadi la utk susahkan aku. arahan die bagi aku delay dulu psl aku tak suka orang bg arahan bodoh mcm tuh. kau senang2 duduk makan borak2, arah aku sana sini, gunakan alasan figure badan aku utk carikan selipar kau? kimak. sumpah lepas tu ape2 event, aku dah tak duduk dekat dgn die. aku bukan jenis tak boleh terima arahan. aku boleh. dengan syarat, arahan tu masuk akal dan cara penyampaian tu berhemah, dgn nada mintak tolong. bukan nada kau bos, aku kuli. aku still boleh buat, tapi tak ikhlas la. free2 kene maki belakang2.

siap pernah ada yang suarakan pendapat, kalau aku tak kuruskan badan, takkan ade laki nak. adekah aku hidup untuk dapatkan laki semata2? jujur cakap, selama 22 tahun, dah nak masuk 23, aku tak pernah sekali pun ade boyfriend. still, aku tak mati pun.

kalau aku boleh hidup happy dgn diri aku, kenapa orang lain yang nak susah hati?

kadang2 aku wonder, kenapa diorang hasad sangat eh? setahu aku, aku tak ade kacau hidup orang, sikit pun aku tak pernah pinjam duit sapa2 nak beli makanan. tell you what, aku pernah jek terjumpa dgn long lost friend, dulu masa kecik2 main lari2, die ni kecik jek comel. tapi masa aku jumpe, still comel lagi, cuma muka die berjerawat, acne problem yg aku rasa agak teruk. kitorang borak mcm biasa, then pisah secara aman. seriously, dalam keadaan mcm tu, aku tak tergamak, or even terlintas nak tegur pasal muka dia. pasal aku tahu kalau aku tegur, boleh jatuhkan self esteem serta confident level die. ade jugak aku terjumpa member aku, nampak die ni dah "happy", lagi semangat dari aku. still, aku tak sampai hati nk tegur ape2 pasal figure die. sebab aku pun tak perfect. takde sape perfect. takkan la kau nk terkesankan kawan lama kau dengan tegur benda2 mcm tu. kau rasa lepas ni terjumpe, confirm 2-3 kali pikir nk tegur kau or buat2 tak nampak.

aku terfikir, kenapa mulut2 celaka ni tak dibekalkan dgn hati perut. takkan la tak boleh fikir langsung perasaan orang lain. kadang2 tu aku faham diorang sekadar bergurau. gurau2 pun bertempat la. sekali jek cakap aku da faham, tapi kenapa nk cakap ulang2 sampai orang tu stress.

tapi alhamdulillah, sepanjang belajar kt MMU, aku takde member2 musibat cmnie.. maybe aku dikelilingi orang2 educated. yang boleh berfikir sebelum bercakap. roommate aku dulu part-time model. cat-walk model and model utk boutique. dah nama pun model so boleh bayang la die mcm mana. tapi tak pernah sekali pun die buat aku rasa rendah diri, kutuk2 kaki aku yg besar, lengan aku yg flabby. she doesn't give a damn, walaupun die cantik. siap die ajak aku p mamak lagi malam2. rilek jek.

bukan aku tak pernah usahakan ape2. takkan la nak expect aku join slimworld pulak. aku student, bukan manager bank. pernah satu masa aku cut rice for a month. memang ada penyusutan. perut pun time tu nan ado. tapi lepas tu aku kecundang gak. come on, for all my life aku hidup pagi petang makan nasi, then all of sudden aku nk cut off like that, memang susah lah. even though a month tu bagi aku satu prestatsi sangat baik. lagi pulak masa tu aku belajar lagi, for a month kau bayangkan aku depends on sugar rush effects; redbull, energy bar, etc utk dapatkan tenaga. kalau lunch pun cekalkan hati hari2 order bihun goreng, walaupun tak sedap. selalu badan aku menggigil pasal lapar, selalu pening2. last2 aku tak boleh tahan. dengan nk layankan assignment, study bagai, sangat tak bagus, ok!

apa2 pun aku bersyukur Tuhan bekalkan aku dengan hati yang kebal dan tabah nak menghadap mulut2 puaka tu semua. so far belum lagi jadi insiden tampar-menampar, tembak menembak, sepak terajang. hopefully takkan terjadi.

kurus tak semestinya sihat. kadang2 orang kurus, tahap kolestrol die lg tinggi berbanding orang lebih berisi. kurus pun tak semestinya cantik. hati mau baik maaa..

ingat

nobody is perfecto!

lagi beberapa hari lagi nak raya, so cekalkan hati diba..

Tuesday, August 16, 2011

Monday, August 15, 2011

Tarawikh, Mak Cik dan Sendawanya

Diam tak diam dah separuh bulan kita berpuasa. alhamdulillah, tarawikh pun jarang tinggal, puasa pun belum 'holiday' lagi. eceh! tapi adelah jugak tak pergi tarawikh. cuma percentage aku pergi berbanding tak pergi adelah lebih tinggi. ikut tahun2 lepas, mmg failed. boleh kire pakai jari. rasanya ade tahun yang aku tak pergi langung.

bulan puasa ni jugak aku nak kurang ber-blog. sebab aku kalau tulis apa2 mesti punye terbabas kutuk orang. kalau orang lain baca, dah sama tanggung dosa. so biarlah bulan ni kite jadi umat berakal beriman sikit.

tapiiii..ade gak story..aduhai

tadi masa tarawikh, aku duduk sebelah seorang mak cik ni..(jangan dibaa...jangan starttt) surau yang aku pergi ni kira surau baru jugak. aku suka tempat ni pasal bacaan imam die jelas, surah pun tak panjang, doa pun tak lama. bukan ape, untuk diri aku sendiri, aku ni cepat hilang fokus. so kalau baca surah panjang2, kaki aku cepat jek menggeletar, aku tak boleh statik diri lama and automatically aku akan bergerak2. macam cacing pun ade. tu tak masuk dengan berpeluh lg, saf rapat2. menggeletis la orang kata. so dengan bacaan yang pendek dan jelas, aku boleh tawaduk dalam solat. halamak~

back to the story la makcik.

so aku duduk sebelah seorang makcik ni, semalam pun aku rasa aku duduk sebelah die gak. aku kenal bukan pasal telekung die, or rupa makcik tu sendiri. tapi aku kenal makcik tu melalui sendawa die (haihh terkutuk pulak *tepuk dahi). yer, dari semalam aku duduk dgn makcik yang banyak angin ni. jodoh kuat, so hari ni dapat duduk sebelah die lagi. kadang2 aku kesian gak dgn makcik ni, boleh ke die khusyuk kalau asyik sendawa jek. boleh dikatakan tiap 5 saat die burppp. kadang aku terpikir gak, adekah badan aku yang banyak angin ni berpindah ke badan die so that's why die asyik sendawa. ajaib la kan melalu sentuhan bahu ke bahu jek angin boleh berpindah. kalau urut tu aku pernah la dengar. kiranya bile makcik ni sendawa, aku kt sebelah pun sama hilang fokus sebab asyik tahan nafas. taknak la pulak kang terbau asam pedas ke murtabak singapura ke kan..silap2 aku yang termuntah atas sejadah. dah over.

itu satu hal..

ade satu hal lagi, pergerakan solat makcik sendawa ni agak slow. lebih slow dari aku. atau aku jek yang takde tomakninah? tu lain hal la. tapi jadi isu bile aku nak bangun sujud. masa aku nak bangun tahiyat awal, aku bangun dengan laju, while that makcik sendawa masih lagi duduk. tengah aku berdiri, kain telekung aku tersentap dekat kaki makcik tu dan menyebabkan separuh dari kepala aku terdedah, kepala aku menyenget, rambut dah terkeluar. dalam masa yang sama hati aku dah menyumpah2 (maklum, darah muda) while that makcik masih steady duduk. 2-3 kali aku tarik kain telekung aku, makcik tu masih cool lagi. slow2 die bangun. hish. nak marah tak sampai hati. entah die perasan ke tak aku tataw. tapi dalam masa yg sama aku was was solat aku ni masih sah ke tak. aku cekalkan jek la hati. yakin solat aku masih boleh diteruskan.after that incident, aku pun terpaksa slowkan movement. taknak pisang berbuah lagi. tp still, ade jugak aksi sekat menyekat, tarik menarik kau mmg da bowm~

lagi satu hal telekung aku ni pun dah telan dek zaman. getah kt bahagian muka ni mcm hidup segan mati takmau. tertarik sikit nampak anak rambut. aku plak jenis bangsa tak suka pakai anak tudung. so bare with it la diba.

dalam masa aku tahan nafas dengan sendawa makcik ni, aku follow jugak pergerakan dia, die nak bangun baru aku bangun. nak bagi salam pun kene lembut2, kalau tak sekejapan boleh tertarik. seksa.

ni pasal aku malas nk blog lagi. see, kan dah free2 buat dosa. tapi pasal takde identiti yg didedahkan, so anggap halal je la eh.

tu jek ceritanya. takde motif pun.

selamat berpuasa people.