Friday, January 4, 2013

2013

Assalamualaikum. Hai. Hello.

Selamat Tahun Baru.

sama macam tahun-tahun lepas, aku takde azam. takde rasa nak perbaiki diri pasal at the end aku rasa macam menipu diri sendiri. takde rasa nak jadi lebih baik, pun sama jek perangai huduh. takde rasa nak jaga kesihatan ke ape, pasal aku dah pegi gym start last year lagi. belagaknya.

cuma dari segi material. yes. aku nak itu. aku nak ini. macam-macam aku nak. lagi-lagi handphone aku baru kene curi masa malam new year itu hari.sedih tak sangat. cuma ralat banyak contact aku hilang. kire ni first time aku hilang handphone. maybe dah tiba masa untuk aku tukar handphone. pandai dia hilang. timing pun cantik. new year.

in a few days, umur aku meningkat lagi setahun.

takde apa yang berubah so far. hidup masih single
macam ni. dan happy. seriously...happy *muka convincing
kerja?

....*sigh

one word...overload.

hari-hari rasa nak tukar kerja. hari-hari aku rasa nak mengamok tapi taktahu nak hala ke sapa. hari-hari sebelum tidur aku bayangkan bukan-bukan sampai ada sekali tu aku mimpi tembak bos aku.

tapi fikir-fikirkan balik, itu sumber aku. modal aku. pakwe hidup aku.

so redha itu perlu.

so 2013...

cheer me up pls :)


Monday, September 3, 2012

Selamat Hari..hari-hari













better late than never..

so..

Selamat Hari Raya :)

Friday, August 3, 2012

.... *sigh*

serba sikit update..

first of all, aku bukan jenis yang suka nak menuntut sesuatu yang belum pasti itu hak aku. sama kes hal kerja. orang janji itu ini kat aku, tanpa hitam putih, tanpa sebarang tandatangan dokumen, tanpa penggunaan seorang lawyer. aku pun tak jamin ape akan berlaku. so as expected..

janji tinggal janji..

aku bukan orang yang suka nak meminta2, mengemis macam orang takde harga diri. sama macam berhutang. kalau orang hutang dengan aku, aku akan diam jek sampai orang tu ingat sendiri, walhal dalam hati aku menyanyi-nyanyi mintak kau bayar. bagi aku itu tanggungjawab kau, pandai hutang pandai bayar. tapi tu lah, advantage bukan kat aku, kalau pihak sebelah sana terlupa, or buat2 lupa, benda tu berlalu macam tu jek. sampai satu waktu, aku halalkan jek..

sama macam kes ni..

masa kau nak hire aku, pum pang pum pang kau janji. sampai aku tinggalkan apa yang aku ada masa tu. kawan, pakwe, kerja, family, etc etc..untuk mulakan sesuatu yang aku pun tak pasti lagi. siap kene penalty tu. sikit pun aku tak minta pampasan.

kene kacau dah..kene mengata dgn sekumpulan orang tua takde wawasan kt kantin pun dah..kene marah pun dah..diperkecil2kan pun dah..kene kutuk pun dah..kene buat extra kerja bukan dalam skop pun dah..

certain orang dengar..ceh baru kene gitu jek dah bebel kt blog..kau apa taw..bukan kau yang tahan telinga mendengar..bukan kau yang kene ikat perut tiap2 bulan pasal gaji ciput..bukan kau yang kene tahan diri beli barang2 yang dah lama kau idamkan..bukan kau yang duk pikir cukup ke tak ni nk bagi mak ayah..bukan kau yang duk termenung tgk bil sendiri..and bukan kau yang rasa penat explain tak cukup duit bile member ajak bercuti jauh2..

lain orang lain rasa..maybe ape aku rasa sekarang x sama mcm orang lain..

ada orang maybe boleh buat extra work..tapi bukan aku..aku bukan pikirkan duit semata2. kesihatan pun aku nk kene monitor lately. sakit demam bukan ada sapa boleh jaga. mak ayah jauh. nak harapkan kakak2, diorang pun bukan selalu senang nk jage adik diorang ni. nak tak nak kene jage diri sendiri.

kalau buat something good, takde sape perasan. bukan aku nak harapkan compliment or appraisal, but a bit of thank you pun aku dah proud.  cuba kalau silap sikit, dari hujung partition sini sampai ke hujung partition sana duk mencanang. tak cukup sehari, minggu depan pun ada orang sambung lagi. 

ayat "kesian diba.." lama2 dah jadi annoying aku dengar. aku tak harap pun kau kesian kat aku. kalau betul kesian, then stop bercerita. orang cakap mcm tu lagi aku nak menangis tahu tak stupid.

so end up, aku demotivated. dah malas nak jaga reputasi. malas nk jaga hati sana sini. status berubah ke tak, aku ikut flow jek. 

kau kasi kerja, aku buat. 

aku buat silap, kau marah lah. 

aku buat benda bagus, takyah puji pun takpe, bawak la keje aku tu kt bos besar, cakap kau yang buat mcm selalu..

people tend to look at negative side instead of good deeds that you have done. so why bother? 

kan..

Monday, July 30, 2012

Wednesday, May 30, 2012

Adui..

Sedih. Banyak yang aku nak blog kan. Tapi takde mase. Mase tu macam suntuk sangat. Nak blogwalking like aku selalu buat pun takde mase. Bukan takde cerita, ikutkan berpuluh2 page. Tapi sebab aku sangat busy lately. Aku boleh cume cakap, aku sekarang ni mood turun naik. Bipolar orang kata. Cepat marah pun ada. Cepat terasa, makan hati pun banyak.

Stress.

Sunday, April 29, 2012

Friday, March 9, 2012

Dilema lagi

orang kalau dengar dilema aku mesti menyampah. tak sudah2 masalah yang sama.

aku admit la, aku suka tempat kerja sekarang. nak kata stabil tu, belum lagi. tapi environment, friendliness of the people, the stress, the system and everything in between..inysa'allah kalau aku kuat, aku boleh bertahan kat situ.

so yesterday was kinda stressful when tim started to push us with the system and everything, should be faster as we're gonna go for operation starting from next week. aku tak kata la tim tu pushy ke ape, he's just doing his job. kitorang pun takboleh nak main2 lagi. sooner later masing2 akan face real job operation. tapi aku masih lembab dengan itu ini, but at the same time, the people surround me, aku boleh cakap diorang ni supportive. aku tak rasa macam kerja, but more on group study. tak rasa left alone bila aku takdapat nak pick up something.

so yeah, i like it.

but then something else came up..


zeng zeng zeng..


from previous previous entry aku ada sebut pasal utusan kan, but end up aku pilih singtel. jangan tanya la kenapa, aku pun tak tahu kenapa aku pilih singtel, tapi masa tu hati aku lebih kuat mengatakan singtel...singtel..singtel..cewah.

eh neway jangan ingat aku belagak ke apa. ni aku nak share jek..

keh sambung..

so bila aku dah buat pilihan, aku taknak toleh belakang lagi. menyesal2 ni semua buang jauh2. so now i've been with singtel about a month, alhamdulillah aku masih hidup lagi. even gaji tak berapa nak survive, for the sake of experience, aku tak kesah. aku percaya rezeki tu ada kat mana2. maybe ni jalan yang Tuhan nak beri.

and then all of sudden, i've got a call from utusan..again. and then....the rest aku conclude kan, utusan offers me a marketing post...with a salary of....and benefits..plans..my priority..and everything...last quest "will you willing to consider back?"

it was a long conversation, that put me into dilemma..sekali lagi.

i've rejected them once, i'm not glad about it but i relieved. but reject them for a second time, akan buat aku guilty. let say, what if aku tak survive kt singtel, on that time aku takboleh la nak ungkit pasal utusan lagi.

ok aku admit, this thing buat aku rasa proud, i mean sapa tak nak rasa wanted betul tak..eventhough current work aku dah start suka, but at the same time aku masih tak sure boleh buat ke tak. and then come another offer.. Tuhan memang betul2 menguji.

aku ada pikirkan pros and cons. aku sekarang ni stay kat tempat yang aku boleh bawak diri, ada family berdekatan, gaji tak banyak takpe la so far, and ada kawan2. other thing is, kalau aku decide nak pergi, aku akan tinggalkan semua tu, and kene start all over again, but without family. aku pernah mention, kalau boleh aku nak stay near dgn family. tapi untuk long term, aku tahu utusan offer better opportunity untuk future. that's the main priority jugak.

aku taknak yang dikejar takdapat, yang dikendong beciciran..






so semoga dapat petunjuk dariNya melalui istikharah..