Alhamdulillah. dengan resminya saye, adibah binti ali, berumur 22 tahun, masih lagi pelajar MMU Cyber, telah menamatkan industrial training saye di STMicroelectronics Sdn Bhd Muar pada hari semalam bertarikh 27hb Mei 2011.
hurray~~
tapi dalam gembira ade jugak sedihnya. aku boleh cakap aku cukup beruntung dapat intern kt tmpt tuh. cukup segalanya dengan kawan and orang2 yang care pasal aku. peh muke jek kiut tp hati legend gak aku ni.
ingat lagi memula masuk dulu. ahh taknak ingat. tapi nk citer jek balek. aku rasa time tu aku cukup berada di lindungan kaabah. datang awal bro! pukul 8 dah sampai dah. mase tu dapat parking pun depan2 lagi. jumpa semua orang aku senyum even dgn cleaner. yela mana tawu dari senyuman turun ke hati. kot2 boleh pancing sekor dua anak ikan. kah!
mase awal2 masuk, aku kene tunggu kt HR dept. mase tu mati2 aku ingat aku buat kerja2 HR, sebab memang tu yang aku mintak. ikut resume pun, memang HR jek la kot aku layak, kalau IT pun boleyy..sekali encik jamal, org HR tu ckp "kami nak tempatkan awak kt IE" aku pun okay kan jek la. ntah kejadah IE tu pun aku tataw. aku assume ade sangkut paut ngn IT kot.
sekalii kauuuuu...IE tu stands for Industrial ENGINEERING. taknak terberak pulak aku dengar kan. mampus la aku takde engineering background. sumpah kosong. lama jugak aku beristighfar macam mana nk survive. macam mana nk explain kt lecturer. macam mana tu macam mana ni..
ingat lagi madam goh yang jemput aku dr HR. masuk2 jek IE dept semua pandang pelik. perh rendah diri siot. sapelah aku nak dibandingkan dgn engineer2 ni sume. aku tersengih jek mcm kerang busuk. nasib baik ade cousin aku kt dept sama, so aku pikir ok la kot..first day aku duduk dkt tmpt budak yang MC pasal meje aku sume x siap lg. jangan gelak la kalau tgk workspace aku lepas tu, lagi buat aku nak menanges :'( memandangkan IE dah takde space lagi, so aku ditempatkan kat satu kawasan terpencil kat belakang sekali dgn bersediakan meje pantry yang muat2 letak satu PC ngn monitor, serta kerusi orang kawin. dah tu jek. tak perlula aku tunjuk gambar. sesape tgk mesti kagum dgn aku boleh bertahan selama 3 bulan lebih kt situ. but believe me, once u have to do it, u'll get to used with it.
member MMU lain sebok duk twitpic work area masing2. aku jek pikir seribu kali nak ltk ke tak. bile diorang paksa, yela..aku tawakal, dah bersedia kene jadi bahan gelak sume..
enjoy
dahh jangan tengok lelama..kang bentan!
okeh back to the story..
memula sekali aku dikenalkan kpd big boss kt IE, ST Ong, orangnya muda, tomboyish sikit, dan ade ciri2 kempimpinan la die ni. after that aku dikenalkan pulak kpd LJ Tan, yes die ni la supervisor aku, orangnya agak berusia, patut dah pencen dah, suke pakai tali pinggang diluar kemeje mahupun dress (agak stylo). memula tgk die ni aku cuak gak.
after that, LJ ni kenalkan aku kpd CY Lee, CY ni la amoi yang tanya pasal babi tu kt aku. kehkehkeh. die ni baik orangnya. lembut jek. tahan die ajar aku itu ini. almaklumlah aku ni lembab. haha.
first day intern, banyak jugak aku berjalan dgn CY. kenalkan aku dgn line-line kt sini. akibat perubahan cuaca, masuk tmpt sejuk then kuar cuaca panas, bejalan sana sini, malam tu aku demam! lemah siot. ingat lagi jaja kol tanya mcm mana intern sume. aku konon2 malas jwb pasal demam. tp sebenarnye suara tgh sebak tahan nangis pasal aku mcm takbleh get over lg how to survive kt IE. HAHAHAHAHA!
walaupun demam, esoknya aku gigih gak pergi keje. takkan nk mc kot. baru 2nd day. time tu aku decide, if aku boleh survive dalam masa seminggu then aku teruskan jek la kt IE. if not, jumpa HR mintak tuka. tapi pantang berundur la beb sebelum mengalah. aku teruskan jugak. 2nd day aku dah dpt task. task ringan2 jek. isi2 data. tp tu pun fail. sebab kene byk guna formula excel. memangla aku fail! tp aku belajar jugak la. nasib baik Tuhan bekalkan aku dgn kulit muka yg agak tebal. so nak taknak, benda simple mcm mana nk =sum(....) pun aku tanye. kahkahkah.
after a few weeks, aku getting comfortable with the place. walaupun masih cuak2 tunggu jek ape pasnie keje aku kene buat. yela kadang2 LJ ni suke bagi keje yg aku rase agak impossible utk aku siapkan dlm mase yg diberi. ditambah pule dgn kelembapan aku. lagi2 dgn workspace yg menyekat pergerakan aku. sikit2 pen jatuh. kejap2 kertas terbang. yelah baii, mana nk susun sume tuh. tuh pun nasib baik CH Tan bagi sikit space die kt aku. bayangkan semua benda aku nk muatkan dlm workspace aku. tergamak.
dah lama sikit aku semakin ok. time ni member pun dah ade. aku beruntung pasal ade cousin. dgn member2 die jugaklah aku berkawan. diorang ni baik2 sume. aku suke pasal diorang ade satu sifat yg suke menganjeng orang, which aku bukan sahaje suke nganjeng2 orang, bahkan aku kebal bile dianjingkan. bak kata orang putih, when in Rome, do as what Romans do. utk aku, when a dog barking, do as what the dog does, or barking out loud more. woof woof!
as i said, semakin hari aku makin seronok kerja. walaupun kerja betambah2 and dah takde sape assist aku lagi. which aku kene pergi line sorang2, buat time study sorang, inventory sorang2. tapi as long as aku siap on time, and aku beri lebih dari ape yg LJ nak, die puas hati. agak berbunga bile die puji "you works are impressive" sape tak berbunga beb. yela aku awal2 dah kene psycho die tuh garang, mmg penah sekali depan muka aku die maki sorang pekerja die, like gile punye marah ah. aku yg ade kt situ terdiam jek. lepas puas budak tu kene maki, LJ tanye aku, "so adibah, do u interested on working here?" kau rasa aku interested kah????
tapi betul la cousin aku ckp, LJ tu kau kene ikut jek cakap die. as long as kau tak membantah and buat ape die nak, die akan okay dgn kau, kau pun selamat, sama2 happy. aku rase benda ni patut di-apply kt mana2 tmpt pun. never against you boss. or later, u'll be a dead meat. tp tu la prob nye, tak semua orang kite boleh puaskan hati. nak taknak tebalkan jek la taik telinga kau.
makin lama aku makin rapat dgn mereka2 ni. mereka2 tu kawan2 cousin aku tadilah. start with lunch everyday. so kalau dah everyday makan semeja, kongsi cerita2 politik dalam ST, gosip2 orang ST, skandal seks operator (ha jgn memain, ni betul2), what can i say, the only reason girls can be really close are gossips. itu lumrah. haha. bila diorang dah start ajak hangout karaoke sume, there's a feeling that you couldn't describe. semacam warm. begituhh!
lepas tinggal lagi sebulan intern, aku dah kurang menghitung hari, bile nak abes bile nak abes. dah kurang tgk kalender. dah kurang whining here and there. sebab ape, sebab aku dah totally comfortable. people here actually nice. diorang nampak jek sombong tp sebenarnya tak. diorang cume banyak kerja. yerla memasing engineer. ade target yang perlu dikejar. tak serius, tak berasaplah dapur. ade mase boleh nampak jugak diorang bergurau. contohnya, sebelah aku CH Tan, die manager, sepanjang duduk sebelah, die senyap jek. muka garang, tapi actually hati die kiut. die kuat menganjeng orang. lagi2 orang tu LJ. hahaha.
aku paling terharu bile minggu terakhir aku kt ST. member2 pakat ajak karaoke sempena farewell aku. bayangkan, tak sampai setahun kenal, tapi diorang sanggup dari office tak balek rumah terus pergi book tmpt, beli pizza kuar duit sama2 sambut aku yang setakat trainee jek. ade yang beriya suruh aku sambung kerja kt situ. ade pulak yang masih suruh aku join lunch even aku dah tkde nnt. ade sorang sanggup postpone leave pasal hari tu minggu terakhir aku nak spend sesama. terharu siot. kiranya kehadiran aku ni ade makna jugak la dalam hati masing2. esewah perasan~
yang paling aku tak sangka, department buat makan2 kt pizza sempena big boss nak resign. so aku just join jek la. mana la aku taw tetibe LJ ckp "makan banyak2, after this u kene bg speech"
serta merta perut aku sakit. nak terberak. nak tarik pizza pun gigil2, pizza pulak tanak putus. aku pandang zura, serius ke aku kene bagi speech? setahu aku ni bukan event utk aku. eceh buat2 tataw lagi kauuu..hehe..serius rupanya mmg event ni utk aku ngan chai, dis guy pun resign jugak, nak jadi cikgu. aku bile nervous mulalah menggeletis, gelak2 malu..semua orang dah tunggu speech. last2 aku ckp jugak la sepatah dua. tak perlulah sebut kt sini ape aku merepek depan sume. cukuplah aku ckp, aku mmg automatik transform jadi perempuan getis bila nervous. noktah.
so hari yg aku tunggu tibe. last day. aku xnak expect ape2 dari diorang semua. cukuplah ape yg aku dpt selama ni. semua orang duk sibuk "hari ni hari last day diba" secara automatik aku akan ade feeling mcm happy campur sedih. but more like sedih aku rasa.
oh yea btw, dis video sempat aku ambil pagi2 hari tu..
ptg tu LJ datang kt aku, die tanya what time aku balek, then tetiba die kuarkan satu bungkusan kecik. she said thanks a lot and all the best in your future. aneh, patut aku yg ckp thanks. as usual aku gelak2 gedik lg. malu punye psl. mana sangka dapat hadiah beb. actually utk diorang pun aku ade standby hadiah. tp aku xnak bg lg coz aku ade sejenis penyakit gile babi yg x boleh bg org hadiah sebab nnt aku jd aneh. senang kata aku malu. haha.
tepat 6.15ptg aku cm kemas2 sikit brg. ready to go bebeh. tgk semua orang serius lagi buat keje. mcm mana nk blah ni? takkan nk belah cm tu jek kan. gile takde ethic. orang penat buat makan2 utk kau, nak pegi mcm tu jek. aku message shasha, die suh salam org yg tertentu jek. aku ingat nk ckp thanks jek dah. tp tataw mcm mana. samada nk jerit satu department or say thank you kt sorang2. pergh benda simple cmni pun dilema ek. sengal gile. last2 mase aku tutup pc tu, CH Tan bersuara "OK Adibah, all the best in ur future..blablba...nnt kawen jemput.." dan terus LJ bangun dtg, bile semua dah perasan aku nak pergi, ade la yg say goodbye sume. all this while aku pikir diorang tk pernah perasan kwujudan aku kt situ. so rasa terharu lagi. ok perasan siut.
aku rasa ape yang aku alami ni sama jek kt tmpt lain. cuma this is the first for me. bile habisnya intern, insya'allah aku kira dah habes belajar utk degree (result belum kuar beb).. after this aku ade jauh lg perjalanan. banyak lagi nk kene belajar. apa2 pun, thanks to all for the support and all that yg aku dapat selama ni.
No comments:
Post a Comment