Monday, April 4, 2011

fakta sesetengah cikgu mental

setahu aku, berdosa besar kalau kita mengambil hak anak yatim..

tapi mcm mana pulak kalau kita ambil nyawa dia?

kejam. memang kejam gila. budak baru darjah satu dah kau belasah teruk2. otak kau letak kat mana bro? at least carilah budak form 5 badan saiz kau. tak payah ikat2 tgn. bertumbuk mcm laki. be a tough gay man. now pasal kau sorang, habis rosak cikgu2 sebelanga. tapi takpe, aku rasa memang tak semua cikgu2 baik pun. bukan semua ok. ni aku khas tujukan kepada cikgu2 yg kurang skru kat kepala. hopefully kejadian ni ada hikmah. bagi kesedaran kat cikgu2 kt luar sana yg sedap2 sepak terajang anak orang.

dulu masa sekolah, kepala aku selalu diterapkan hormat cikgu hormat cikgu hormat cikgu. cikgu tu yang bagi ilmu. sampailah dah sekolah menengah pun still aku pikir mmg cikgulah terbaik.

tapi aku lupa bile kepercayaan aku tu hilang. mase tingkatan 4 kot? ade lah sorang ustaz ni, oh btw aku dulu sekolah SMKA. huruf A yang kt hujung tu selalu ditekankan para guru. sampai ade yang nak menyembah. mcmkan sekolah lain tak belajar agama. ok back to the story of the ustaz, mari namakan die ustaz N, memang huruf sebenar. ustaz N ni mase aku masuk tingkatan 1, memang gerun habislah kalau dgr nama dia. even dgr die mengajar kt kelas sebelah pun kelas lain tak berani nak buat bising. takut kang ade yg dpt body glove kt muka.

sampailah satu masa kt perhimpunan...

biasalah perhimpunan, more like berhimpunya kawan sembang2. adelah sekumpulan kak limah duk borak2. borak punya borak, gelak punya gelak, tanpa sape sedar, tetiba jek ade tangan sebesar buku latihan sains menerpa bedebukkkkk kt belakang badan salah seorang ahli mesyuarat kak limah tadi. ya ustaz itu sudah mari..aku duduk jauh pun boleh dengar tangan ustaz N membidas belakang member kak limah tuh. kuat doh. hilang sikit respek. perlu ke sampai mcm tu sekali?

di salah satu perhimpunan yg baru..

ni kumpulan kak senah pulak yg kene. tapi diorang tak buat bising. cuma diorang sandar2 kt belakang sambil refresh psl proses persenyawaan katak (ok ni aku reka). tengah sebok geng kak senah ni bersoal jawab dgn ahli jawatankuasa, tetiba raksasa N muncul. habisss..time ni aku tak nampak apa2. tapi apa yg aku nampak, geng2 kak senah tadi berjalan beriringan ke depan perhimpunan, slow..bila dah slow tuh, si ustaz N ni sambil berjalan belakang diorang, sambil menyepak2 kaki2 geng kak senah. ok 70% aku hilang respek kat mamat ni. perangai mcm sial. kau ape hak nak sepak2 anak dara orang bro? tak nampak diorg tgh berjalan? kau pikir kau nak bg lembu makan tendang2 mcm tu? dan bagi aku ustaz N ni mmg tak hormat kaum perempuan langsung bila die sepak terajang perempuan mcm tu. kesian geng kak senah dah la nak exam pagi tu, pastu kene sepak pergi ke depan perhimpunan, then kene berdiri tayang muka plak depan sume orang. habis rosak psychology diorang. confirm sepanjang hari teringat jek kes dimalukan. extra bonus kalau tak dpt jwb exam. full package.

masuk tingkatan 4

ahh farking seyt! ustaz N ajar syariah islamiah kt kelas aku. fuhhhh gerunnnnn. bila dia masuk kelas, macam malaikat lalu. senyap..mase ni even dah hilang 70% respek kt die, still ade rasa takut lg. seboleh2 aku taknak screwed up. gila kau. buat salah sikit, habis kene pelangkung. die ni bukan tahu jaga air muka orang. swing mood jgn ckp laaa...dtg iblis dia, kau nak maki, kau maki. dtg malaikat, buat lawak, kene gelak! lawak taknak kotor pulak kan. biasalah ustaz. patut pun anak berderet.

sampai satu waktu, ntah mcm mana die ade budak tingkatan 2 nak kutip sampah kt kelas aku, ok cite ni aku blur2 sikit, lebih kurang mcm ni, budak tingkatan 2 ni nak amek tong sampah kelas aku, nk bersihkan la. kirenye die kene denda. kebetulan mmg nasib die malang habis, tiba kt kelas aku, ustaz N ni nak masuk mengajar. mcm biasa, kalau takde hal, ustaz N ni akan buat hal. habis budak tingkatan 2 ni kene soal ngn die. bila budak ni tak dpt jwb, mcm naruto, si ustaz N menyepak tong sampah kelas aku sampai terpelanting semua sampah depan kelas. waiiit seminitt...aku rasa dia ni mmg kenan dgn sepak-menyepak kot. atau maybe mase sekolah dulu, dia tak layak masuk kelab bola sepak, tu psl berdendam sampai la ni duk sepakk benda jek. maklumlah, pendek, gemok, itam, rabun pulak tu. kau nak nampak ape kalau kejar bola, perut kau dah menghalang pandangan. kalau terer main bola pun still tak layak psl failed dr segi rupa paras. kau main bola kau jek lah.

sambung..

dipendekkan citer, budak tingkatan 2 yg kene aniaya td tu buat report kt pengetua. mana tak nya, sampai pecah tong sampah kelas aku die tendang. mungkin ade salah faham sedikit, so si ustaz N ni ingat budak kelas aku yg report. diringkaskan lagi cerita konon die merajuklah kt kelas aku. alahaiii manja jugak ustaz ni. masuk kelas aku serius jek. siap cakap "saya benci awak semua" fuhhh ayat tak boleh belah..benci dowwwwhhh..tapi, ade kitorang kesah? non ado..non ado..sejak aritu, lepas die da boring2 ngn kelas kitorg, budak2 kelas bantai tido mase die mengajar.kahhh! tapi die nak marah tak boleh..ehh kan die tgh merajukk..

dimaklumkan jua masa die tendang tong sampah sampai ke koridor sampah bersepah, time ni respek aku kt die hilang 100%! gone! khalas!

ayat paaaaling melekat kt kepala aku mase die merajuk konon luahkan perasaan kt kelas..

"awak semua belajar kimia..awak sendiri tahu ikatan molekul plastik kuat..mana boleh pecah tong sampah tu.."

tetiba drpd ustaz die berubah jadi cikgu kimia.

meh sini aku tendang perut die pulak. takkan pecah punyalah, ikatan molekul perut die kan kuat.

kadang2 aku tak paham. best sgt ke jadi garang? bangga ke kalau orang takut ngn kita instead of rasa hormat? kalau orang dulu2 garang boleh diterima pakai lagi. budak2 zaman sekarang jgn buat main, kau bagi pelempang satu, esok tayar keter kau pancit. kau sepak terajang, minggu depan rumah kau terbakar.

kisah yg aku utarakan ni kisah benar semata2. ade la tokok tambah sikit. tapi basically itulah line story nye. tujuan aku buat post ni bukan nk condemn malah jauh sekalii nk sasarkan respek pada guru2. cuma nk cerita di sebalik kehormatan, kebijaksanaan, kesopanan kekurang-ajaran setiap orang, termasuk guru2, ade terselitnya kecacatan. tak semua manusia perfect kan.

tapi tak perlula sampai belasah budak sampai membunuh bagai. tu mental namanya.

p/s: aku rasa kalau tak dibendung, ustaz N boleh jadi mcm warden gila tu..

4 comments:

Unknown said...

aku suka gila pasal nieh dowh..aku ade pngalaman lebyh kurang same and aku jge akui memang tak semua cikgu tue layak di hormati sebab perngai macam shit!!! nnti aku nk tulis juga pasal nieh..ko sile bace yea.. c:

adibah said...

ok babe..gv me link later

adibah said...

eh nak link ape nye..sah2 kau da bg komen..kahhh!

syazwan said...

amboi2. macam aku kenal je ustaz n tu. tapi aku sokong benda ko tulis ni. haha