Thursday, April 28, 2011

pesanan member

"beb, kau add jek die kt fb...tak rugi ape2.."

hurmm pikir2 balek, betul gak member cakap. tak rugi ape. be a friend. if nothing happen then continue with life. if ade rezeki, then pikirkan langkah seterusnya. yer betul tu. ape akan jadi tolak belakang dulu.

cakap beriya.

pikir punye pikir..

mm nanti2 lah.

Loser (-_-)

Friday, April 15, 2011

Surat untuk makcik HR

kehadapan makcik HR yg kerek lagi menjakikan..

tujuan saye menulis blog (boleh anggap sebagai surat) ini bertujuan utk meluahkan perasaan dendam kesumat saye terhadap makcik yg tak terluah tempoh hari akibat kekurang ajaran makcik meninggikan suara serta menjatuhkan air muka saye di hadapan geng2 makcik yg tak hot tu. yer saye tahu, sapelah saye yang muda lagi remaja ini utk mengatakan makcik sedemikian rupa. tp benar ape yg saye ingin katakan ini, makcik memang kurang ajar walaupun umur makcik jauh lebih lanjut dari saye, tak bererti saye patut respect kt makcik yg adab langsung takde.

first of all..

saye dtg ke HR dgn niat yg baik, berpakaian sopan, siap bagi salam lagi nak bertanya tentang site visit lecturer saye akan dtg, saye baru bertanya.. makcik dgn takde etikanya terus memotong ckp saye sambil meninggikan kononnya saye ni mengganggu makcik busy tgh men-stapler surat2..oih busyyyyl..walaupun kekurang ajaran makcik awal2 lagi saye dah detect dgn tak menjawab salam saye, dan saye bercakap seolah2 dgn monitor bila makcik sikit pun tak pandang muka saye, tapi yang saya harapkan bukanlah suara nyaring makcik yang tak sedap langsung tu memaki saye, saye cuma harapkan jawapan yang boleh pakai utk saye tahu prosedur yg betul..

makcik,

tahukah makcik dgn bersuara tinggi makcik telah melakukan pembaziran tenaga? dgn tenaga yg terbazir tu patut makcik gunakan utk berselawat ke atas nabi mahu pun mengucap kalimah syahadah. at least makcik dapat pahala lebih dari dpt makian serta carutan dr saye yang tak seberapa. ataupun makcik boleh guna tenaga suara tu salurkan ke kepala otak makcik utk berpikir sikit sebelum bercakap. jangan cakap pikir pakai lutut, otak mana? simpan dalam kain?

dear makcik,

walaupun saye hanyelah trainee, tapi saye juga manusia punye hati perasaan. paling penting saye ade air muka, even tak berape cantik, tapi manis tu ade. makcik marah saye macamkan saye mintak jadi madu makcik. walhalnye saye tanye soalan senang jek, ape prosedur kalau lecturer saye dtg. tak susah. takde masuk exam pun. kalau makcik taktahu pun, saya tak marah, saye boleh tanya orang lain. tak perlulah makcik bagi jawapan tak ikut skema langsung. kalau SPM ni makcik dah dpt sembilan.

makcik..makcik..makcik..

makcik tahu tak kerja HR tu paling byk interaksi dgn orang. kalau sepuluh orang tanya, makcik jawab mcm puki ayam, rasa2 berapa byk dah orang doakan makcik mati? paling kurang pun diorg akan ckp makcik ni babi. mcm mana pulak kalau seribu orang jumpa makcik tanyak byk2 soalan makcik jwb dgn gaya lancau mcm tu? kan dah free2 dpt banyak babi..

saya bercakap ni pun bukanlah kali pertama makcik buat hal. sebelum ni adela beberapa kali juga makcik buat sial dgn saye. memula bolehlah positif..oh makcik ni dtg bulan agaknya..tapi dah lama2 rasanya bukan takat dtg bulan. sindrom nk menopause makcik ni dah melarat. sampaikan colleagues lain pun cakap benda yg sama..orang lain pun stress kerja jugak makcik..even jadi cleaner pun stress hari2 tgk tahi orang. tapi tiap kali masuk toilet, takde pulak saye dgr cleaner marah orang berak bersepah. pasal die tahu tu keje die. same goes to you lah makcik, dah tahu kerja HR, hadap lah kau benda tuh. kalau makcik stress jumpa orang, makcik jadilah tukang kebun. nak marah, marahlah dkt cangkul. at least takde feedback, hidup makcik pun tak kene babi2 lagi.

last but not so last laa..

nak suruh ubah perangai pun, makcik dah tua. org kata org tua ni susah nak ubah. otak liat. so saye suggestkan makcik resign jek la..hidup orang lain pun senang, syarikat pun makin maju. so..

majulah STMicroelectronics tanpa makcik.

yang benar,

trainee yg kau maki tempohari.

Friday, April 8, 2011

buat lawak sekali, perli2, konon kelakar..

bolehlah nak gelak2 tak ikhlas..

buat lawak 2-3 kali..

mmm dah tak boleh belah dah



tapi kalau dah setiap kali jumpa keluar benda yang sama...




kau tak rasa nak bagi pelempang?

Monday, April 4, 2011

fakta sesetengah cikgu mental

setahu aku, berdosa besar kalau kita mengambil hak anak yatim..

tapi mcm mana pulak kalau kita ambil nyawa dia?

kejam. memang kejam gila. budak baru darjah satu dah kau belasah teruk2. otak kau letak kat mana bro? at least carilah budak form 5 badan saiz kau. tak payah ikat2 tgn. bertumbuk mcm laki. be a tough gay man. now pasal kau sorang, habis rosak cikgu2 sebelanga. tapi takpe, aku rasa memang tak semua cikgu2 baik pun. bukan semua ok. ni aku khas tujukan kepada cikgu2 yg kurang skru kat kepala. hopefully kejadian ni ada hikmah. bagi kesedaran kat cikgu2 kt luar sana yg sedap2 sepak terajang anak orang.

dulu masa sekolah, kepala aku selalu diterapkan hormat cikgu hormat cikgu hormat cikgu. cikgu tu yang bagi ilmu. sampailah dah sekolah menengah pun still aku pikir mmg cikgulah terbaik.

tapi aku lupa bile kepercayaan aku tu hilang. mase tingkatan 4 kot? ade lah sorang ustaz ni, oh btw aku dulu sekolah SMKA. huruf A yang kt hujung tu selalu ditekankan para guru. sampai ade yang nak menyembah. mcmkan sekolah lain tak belajar agama. ok back to the story of the ustaz, mari namakan die ustaz N, memang huruf sebenar. ustaz N ni mase aku masuk tingkatan 1, memang gerun habislah kalau dgr nama dia. even dgr die mengajar kt kelas sebelah pun kelas lain tak berani nak buat bising. takut kang ade yg dpt body glove kt muka.

sampailah satu masa kt perhimpunan...

biasalah perhimpunan, more like berhimpunya kawan sembang2. adelah sekumpulan kak limah duk borak2. borak punya borak, gelak punya gelak, tanpa sape sedar, tetiba jek ade tangan sebesar buku latihan sains menerpa bedebukkkkk kt belakang badan salah seorang ahli mesyuarat kak limah tadi. ya ustaz itu sudah mari..aku duduk jauh pun boleh dengar tangan ustaz N membidas belakang member kak limah tuh. kuat doh. hilang sikit respek. perlu ke sampai mcm tu sekali?

di salah satu perhimpunan yg baru..

ni kumpulan kak senah pulak yg kene. tapi diorang tak buat bising. cuma diorang sandar2 kt belakang sambil refresh psl proses persenyawaan katak (ok ni aku reka). tengah sebok geng kak senah ni bersoal jawab dgn ahli jawatankuasa, tetiba raksasa N muncul. habisss..time ni aku tak nampak apa2. tapi apa yg aku nampak, geng2 kak senah tadi berjalan beriringan ke depan perhimpunan, slow..bila dah slow tuh, si ustaz N ni sambil berjalan belakang diorang, sambil menyepak2 kaki2 geng kak senah. ok 70% aku hilang respek kat mamat ni. perangai mcm sial. kau ape hak nak sepak2 anak dara orang bro? tak nampak diorg tgh berjalan? kau pikir kau nak bg lembu makan tendang2 mcm tu? dan bagi aku ustaz N ni mmg tak hormat kaum perempuan langsung bila die sepak terajang perempuan mcm tu. kesian geng kak senah dah la nak exam pagi tu, pastu kene sepak pergi ke depan perhimpunan, then kene berdiri tayang muka plak depan sume orang. habis rosak psychology diorang. confirm sepanjang hari teringat jek kes dimalukan. extra bonus kalau tak dpt jwb exam. full package.

masuk tingkatan 4

ahh farking seyt! ustaz N ajar syariah islamiah kt kelas aku. fuhhhh gerunnnnn. bila dia masuk kelas, macam malaikat lalu. senyap..mase ni even dah hilang 70% respek kt die, still ade rasa takut lg. seboleh2 aku taknak screwed up. gila kau. buat salah sikit, habis kene pelangkung. die ni bukan tahu jaga air muka orang. swing mood jgn ckp laaa...dtg iblis dia, kau nak maki, kau maki. dtg malaikat, buat lawak, kene gelak! lawak taknak kotor pulak kan. biasalah ustaz. patut pun anak berderet.

sampai satu waktu, ntah mcm mana die ade budak tingkatan 2 nak kutip sampah kt kelas aku, ok cite ni aku blur2 sikit, lebih kurang mcm ni, budak tingkatan 2 ni nak amek tong sampah kelas aku, nk bersihkan la. kirenye die kene denda. kebetulan mmg nasib die malang habis, tiba kt kelas aku, ustaz N ni nak masuk mengajar. mcm biasa, kalau takde hal, ustaz N ni akan buat hal. habis budak tingkatan 2 ni kene soal ngn die. bila budak ni tak dpt jwb, mcm naruto, si ustaz N menyepak tong sampah kelas aku sampai terpelanting semua sampah depan kelas. waiiit seminitt...aku rasa dia ni mmg kenan dgn sepak-menyepak kot. atau maybe mase sekolah dulu, dia tak layak masuk kelab bola sepak, tu psl berdendam sampai la ni duk sepakk benda jek. maklumlah, pendek, gemok, itam, rabun pulak tu. kau nak nampak ape kalau kejar bola, perut kau dah menghalang pandangan. kalau terer main bola pun still tak layak psl failed dr segi rupa paras. kau main bola kau jek lah.

sambung..

dipendekkan citer, budak tingkatan 2 yg kene aniaya td tu buat report kt pengetua. mana tak nya, sampai pecah tong sampah kelas aku die tendang. mungkin ade salah faham sedikit, so si ustaz N ni ingat budak kelas aku yg report. diringkaskan lagi cerita konon die merajuklah kt kelas aku. alahaiii manja jugak ustaz ni. masuk kelas aku serius jek. siap cakap "saya benci awak semua" fuhhh ayat tak boleh belah..benci dowwwwhhh..tapi, ade kitorang kesah? non ado..non ado..sejak aritu, lepas die da boring2 ngn kelas kitorg, budak2 kelas bantai tido mase die mengajar.kahhh! tapi die nak marah tak boleh..ehh kan die tgh merajukk..

dimaklumkan jua masa die tendang tong sampah sampai ke koridor sampah bersepah, time ni respek aku kt die hilang 100%! gone! khalas!

ayat paaaaling melekat kt kepala aku mase die merajuk konon luahkan perasaan kt kelas..

"awak semua belajar kimia..awak sendiri tahu ikatan molekul plastik kuat..mana boleh pecah tong sampah tu.."

tetiba drpd ustaz die berubah jadi cikgu kimia.

meh sini aku tendang perut die pulak. takkan pecah punyalah, ikatan molekul perut die kan kuat.

kadang2 aku tak paham. best sgt ke jadi garang? bangga ke kalau orang takut ngn kita instead of rasa hormat? kalau orang dulu2 garang boleh diterima pakai lagi. budak2 zaman sekarang jgn buat main, kau bagi pelempang satu, esok tayar keter kau pancit. kau sepak terajang, minggu depan rumah kau terbakar.

kisah yg aku utarakan ni kisah benar semata2. ade la tokok tambah sikit. tapi basically itulah line story nye. tujuan aku buat post ni bukan nk condemn malah jauh sekalii nk sasarkan respek pada guru2. cuma nk cerita di sebalik kehormatan, kebijaksanaan, kesopanan kekurang-ajaran setiap orang, termasuk guru2, ade terselitnya kecacatan. tak semua manusia perfect kan.

tapi tak perlula sampai belasah budak sampai membunuh bagai. tu mental namanya.

p/s: aku rasa kalau tak dibendung, ustaz N boleh jadi mcm warden gila tu..