Thursday, July 22, 2010

setahun dah berlalu..

tup tup dah setahun atuk tinggalkan kita semua. esok ade kenduri tahlil kt rumah arwah yg da lama kosong tuh. cuti sem pun baru start, so mmg cun kalau kene balik. rasa baru mcm semalam tengah baring-baring sampai tertidur before dapat panggilan dari jaja, cakap atuk masuk wad..blablabla..malam tu, atuk dah tinggalkan kita semua. al-fatihah.

kalau nak refresh memori pasal atuk memang takkan habes la satu blog ni (loghat). dari kecik sampai besar atuk jaga kami. ajar mengaji dari alif ba ta. mandikan kitorang, sampai berlari2 taknak kene mandi. bagi makan siap masakkan. kalau time puasa cakap lapar, atuk buatkan roti telur sebabkan kesiankan cucu die mengada tak tahan lapar baru belajar puasa. bila jumpa mak ayah, yer yer muke penat tahan puasa, tapi atuk kantoikan. hehe. kalau cucu-cucu bergaduh rebutkan permainan, hambek kene hambat dgn kayu sakti atuk! selalu yang kene mail dgn fadli. kalau ada event apa2, nanti dkt rumah atuk tu jadi sidang perhimpunan satu keluarga. seronok tengok makcik2 kelam kabut duk hidang makanan, yg pakcik2 duk depan cm raja tunggu makanan. yg budak2 depan tv layan dvd. yg remaja2 tolong2 hidang sambil gosip2 tambah dosa. time tu atuk akan duduk di suatu sudut. senyap memerhati. kalau ade orang datang mengadu mcm2 die melayan sambil angguk2 jek.

sekarang keadaan da berubah. atuk dah takde. kadang2 fikir mcm dah takde sebab lg nak berkumpul ramai2 walhalnya boleh jek. sebab tempat berkumpul da takde orang tinggal. rumah atuk da takde sape jaga. yang jaga pun kalau ade orang datang bersih2 kan jek. sedih. sunyi jek dah. paling tak boleh tgk mak anjang la. seumur hidup die jaga arwah atuk. bile atuk meninggal ayat first die cakap "dibaa..mak anjang da takde keje dah.." meleleh air mata masa tuh dgr. makan pakai berak kencing atuk sume die buat. mmg respect habes. kalau aku nak suruh kutip najis sendiri pun belum tentu dapat, ape lagi najis orang yg dah jaga aku selama ni. mmg besar pahala dia.

nak ckp ape lg? dah takde dah. cuma kita yg masih hidup ni boleh kirimkan doa sahaja. semoga roh atuk disemadikan dikalangan orang2 beriman. amin.


haji abdullah bin haji abdul karim

No comments: