Thursday, June 17, 2010

Apa Aminah patut buat?

Aminah ada gelang. Aminah saaaangat sayangkan gelang itu kerana gelang itu pemberian emaknya pada hari raya beberapa tahun yang lalu. bukan Aminah takde gelang lain cuma gelang tu ade sentimental value tersendiri yang orang lain tak tahu. bagi Aminah gelang itu sangat special. pabila jek dia sarungkan gelang itu ke pergelangan tangannya, terasa diri dia berada di awang-awangan, seperti semua lelaki melihat ke arahnya, semua perempuan menjeling seolah2 jealous akan gelang Aminah itu.

Aminah ada seorang kawan bernama Ramonah. Ramonah memang seorang yg mementingkan kecantikan. jika diletakkan buku nota dengan lipstick di atas meja, tanpa memikir panjang Ramonah pasti akan mencapai lipstick itu tanpa menghiraukan buku nota. kalau pakai blusher, selagi tak nampak dari jauh warna pink kat pipi, Ramonah akan tenyeh semampu kudratnya. eye-liner selagi tak nampak macam firaun, Ramonah akan lukis ikut line mata die pekat-pekat. senang kata, segala keperluan hak asasi kecantikan dari hujung rambut perang Ramonah sampailah ke kuku kaki hasil pedicure, semuanya Ramonah ada. lengkap.

Suatu hari, Ramonah ada event. entah macam mana, Ramonah rasa gelang tangannya tak cukup. bukan takde yer, tak cukup. Ramonah pon bertanya kepada Aminah, "Minah..Minah..boleh tak Monah pinjam gelang tangan Minah?" dek kerana terlalu kesiankan si Ramonah yang dah gelisah gelangnya tak cukup utk lawan mami jarum sebelah rumah, Aminah pon memberi pinjam gelang pusaka kesayangannya kepada Ramonah. walaupun sudah diberi pinjam dan sudah siap disarung dah pun kt tangan, si Ramonah tetap ada benda nak complaint, "hurmm besar gak gelang Minah ni.." getus si Ramonah seolah2 lengan tangannya begitu kecil sehingga menampakkan gelang Aminah besar. tapi masih dipakai juga. dah pinjam banyak bunyi plak.

Hari berganti hari. Aminah hanya melihat sahaja gelang tangannya di dalam almari Ramonah. tidak berani nak ambil, walaupun gelang tu haknya tapi Ramonah dah kata nanti dia akan pulangkan gelang itu sendiri so Aminah tunggu saja masa tu tiba. karang dia ambil cuak pulak Ramonah kot2 gelang tu hilang. dek kerana menjaga hati dan persahabatan, Aminah tunggu jek laa masa untuk Ramonah nak pulangkan. maybe die nak guna lagi kottt, getus Aminah.

Minggu berganti minggu. Aminah mula rasa aikk die ni tau ke buat-buat tak tahu. gelang aku tuh. kalau disewa kepada Ramonah dari dulu lagi rasa-rasanya duit tu Aminah dah boleh beli setangkup lagi blusher untuk Ramonah sebagai tanda terima kasih kerana sudi menjaga gelangnya sampai tak pulang-pulang lagi. tapi Aminah sabar lagi.

Bulan berganti bulan, tiba-tiba konflik terjadi antara Aminah dan Ramonah. kalau dah nama perempuan so banyaklah konfliknye, tak usah diceritakan. Aminah dan Ramonah sudah kurang berkomunikasi. Aminah pula tak tahu mcm mana nk cakap kt Ramonah pasal gelang yang pernah dipinjamkan kepada Ramonah dahulu. walaupun mereka kurang bercakap tapi Aminah masih mengharap Ramonah tidak lupa pasal gelangnya itu. so Aminah diamkan jek. kang takut kalau mintak kang jadi konflik lain pula. makin sukar bila Ramonah semakin kurang dilihatnya. asyik takde jek.

lama-lama Aminah mula give up. walaupun hal dia dengan Ramonah dah lama berlalu dan ingin dilupakan, tetapi Aminah masih terbayang-bayang, terngiang-ngiang akan gelang kesayangannya itu. bagi dia kalau boleh trade kan gelang dengan persahabatan dia dengan Ramonah, dia lebih rela gelang itu dalam tangannya. tapi mcm mana...sekarang dua-dua perkara itu hampir hilang dalam hidupnya. Aminah tak tahu nak buat apa. dia kusut walaupun kehidupannya kini makin better dari sebelumnya tapi gelang itu tetap menjadi sesuatu tanda yang mengingatkannya terhadap Ramonah. bukan dia tak mahu mintak sendiri, tapi sebelum ni Ramonah pernah tidak menjawab mesej yg diberi Aminah. so Aminah rasa takde gune. end up Aminah malas nak pikir dah..

moral of the story, takde moral punye Ramonah!



No comments: