Sunday, June 27, 2010

nightmare to sweet...mare? hah

3-1 not bad..i mean good enough..baru malam semalam mimpi, Argentina kalah. messi nanges golek2 atas padang sambil kene ejek ramai2 dengan pemain mexico. budak sekolah sgt! pastu maradona jd mcm gile. tetibe stripping tengah2 padang lari-lari. kononnya even impian nak menang tak tercapai, tapi die tunaikan juga janji die (kejadah tunaikan janji kalau kalah? porn sgt mimpi aku)

but in the end, kemain ni pegang notes strategic management sambil tgk bola, padahal perhiasan jek notes tu utk sedapkan hati. kalau orang tanya kau study tak utk test, boleh la jwb uish studyyyy..gigih sambil tgk bola..ape yg kau fokus? messi kene rempuh ngn pemain mexico asal jek die dpt bola.. nak fokus lagi siap perasan guitterez nye jersey ketat kt dada..full-time! even nk p tandas pon tunggu abes 1st half..

ok ni dah obses. sile tidur. esok test .

ayah..

selalu hari bapa ni kurang dpt sambutan sikit. betul tak? pasal orang lebihkan hari ibu dari hari bapa. kalau nak bercakap pasal ayah sendiri memang kurang la. bercakap dengan ayah itu sendiri pun sangatttlah kurang. kalau ditanya siapa paling rapat dalam keluarga, majority akan jawab ibu, emak, mama, amma, ommoni dan seangkatan dengannya..tapi kalau bab kewangan, ramai serahkan pada bapa. sah2 termaktub dalam mana2 kitab pun, sumber pendapatan dan nafkah keluarga itu datangnya dari ketua keluarga, sape lagi kann..

kali ni nk cakap la psl ayah sendiri. okay my dad umur dah 58 tahun. tapi kalau tgk, hurmm mmg around that age pon. tapi masih kuat. boleh jaga angsa, usahakan bisnes cacing, berkebun. banyakla aktiviti dia buat lepas pencen dulu. yg paling penting masih mampu bagi anak die ni duit. alhamdulillah. jarang la nk becakap dgn ayah ni. selalu balik rumah pon banyak borak dgn mak. biasalah anak perempuan. ape2 nk mengadu mestilah dekat mak. takkan la nk cakap psl which tuala wanita yg lebih selesa dkt ayah. ade die kesah? kene kesah pon kalau anak die ni mintak duit nk beli hek hek..tapi ade certain things yg suka juga kalau dgn ayah ni..

bola. aku kurang sikit psl bola. kau tanya la lampard tu club ape. kalau bitaw die johor fc pun gua pecaya beb..tp takdela sehina taktaw die negara mana utk world cup. aku suka tgk bola dgn ayah. sbb aku ni over sikit kalau tgk, jakun boyan terlampau, bola jauh lagi nk masuk dah jerit, pemain kene sepak sikit mencarut. dulu masa form 1, mase tu ayah keje lagi, die siap telefon dr opis tanya psl score united state lwn paraguay. psl die taw aku tgk. now pon die tanya, "diba kalau kt cyber tgk bola mcm mana?" terharu ayah tanya, at least die taw aku mmg tgk. tp x best tu "abes kalau match malam2 tgk pagi pegi tak kelas?" erkk silelah jwb!

duit. ni agaknye kali ke-4 dah sebut psl duit. yer ayah mmg sumber kewangan utama aku. kalau ptpn lambat masuk, or duit da semakin susut menyusut dan tersusutttt..dial number mak dulu, mak kire assistant ayah la..dgn mak boleh tawar menawar income sket..kehkehkeh..selaku assistant banker sejati, mak akan sampaikan ke ayah.. then nanti esoknye dpt msg "ayah dah masukkan rm$$$, jimat2 sikit" owhh bahagianyaaaaa *senyum sorang2*

belajar. ayah sangattlah kisah psl belajar x belajar ni. kalau mlm pesan esok kelas pagi, or exam, or presentation and ape2 hari penting, subuh tuh die dah kejut. tak cukup subuh, bape minit pastu call lagi dah siap ke belum. psl ape? psl die taw anak die sorang ni kalau cakap x serupa bikin. jwb phone ngantok2 ckp jek "yer2 da bgn" tapi lepas tuh pupppp! sambung tido. die dah kenal sgttt. kalau baru nk cuti abes exam, ayah da start tanya dulu, "result dah keluar?" kalau jwb belum, beberapa hari pastu die akan tanya lagi, lagi dan lagi. ayahhh, result belum kuar, kalau boleh takpayah keluar pon xpe. im happy. ingat lagi mase UPSR, ayah siap tunggu depan gate mase habes exam tuh. taktaw la die balek ke or mmg sepanjang 2 jam paper tuh die tunggu. habis paper die bwk pergi makan. gile terjaga masa tuh. ni belum masuk part tuisyen2 lagi. kalau boleh setiap subjek kene ada tuisyen. tapi result hampeh. sedih igt balik, ayah penat2 invest, anak die pergi tuisyen jumpe kawan duk huha huha. result kuar, menanges. ayah cakap takpe..ok la tuh..walaupun die sebenarnye pon hampa sama. haih. pastu konon mengada taknak masuk matriks, nak MMU. ayah ok kan jek..masih ade kepercayaan utk anak die berjaya lagi walaupun pernah screwed gile. as long as nk study, he's fine wherever place to choose.

nak cakap lagi byk, tapi dah tak larat nak pikir. point nye cume nk say HAPPY FATHER'S DAY buat kaum2 ayah di luar sana. you guys are the heroes. God bless you :)

lepas ni nk tgk match argentina vs mexico. ayah mesti tgk gak kan? :)

Tuesday, June 22, 2010

trying hard for the dance




You're a good soldier
Choosing your battles
Pick yourself up
And dust yourself off
And back in the saddle

You're on the frontline
Everyone's watching
You know it's serious
We're getting closer
This isnt over

The pressure is on
You feel it
But you've got it all
Believe it

When you fall get up
Oh oh...
And if you fall get up
Oh oh...

Tsamina mina
Zangalewa
Cuz this is Africa

Tsamina mina eh eh
Waka Waka eh eh

Tsamina mina zangalewa
Anawa aa
This time for Africa

Listen to your god
This is our motto
Your time to shine
Dont wait in line
Y vamos por Todo

People are raising
Their Expectations
Go on and feed them
This is your moment
No hesitations

Today's your day
I feel it
You paved the way
Believe it

If you get down
Get up Oh oh...
When you get down
Get up eh eh...

Tsamina mina zangalewa
Anawa aa
This time for Africa

Tsamina mina eh eh
Waka Waka eh eh

Tsamina mina zangalewa
Anawa aa

Tsamina mina eh eh
Waka Waka eh eh
Tsamina mina zangalewa
This time for Africa

Thursday, June 17, 2010

Apa Aminah patut buat?

Aminah ada gelang. Aminah saaaangat sayangkan gelang itu kerana gelang itu pemberian emaknya pada hari raya beberapa tahun yang lalu. bukan Aminah takde gelang lain cuma gelang tu ade sentimental value tersendiri yang orang lain tak tahu. bagi Aminah gelang itu sangat special. pabila jek dia sarungkan gelang itu ke pergelangan tangannya, terasa diri dia berada di awang-awangan, seperti semua lelaki melihat ke arahnya, semua perempuan menjeling seolah2 jealous akan gelang Aminah itu.

Aminah ada seorang kawan bernama Ramonah. Ramonah memang seorang yg mementingkan kecantikan. jika diletakkan buku nota dengan lipstick di atas meja, tanpa memikir panjang Ramonah pasti akan mencapai lipstick itu tanpa menghiraukan buku nota. kalau pakai blusher, selagi tak nampak dari jauh warna pink kat pipi, Ramonah akan tenyeh semampu kudratnya. eye-liner selagi tak nampak macam firaun, Ramonah akan lukis ikut line mata die pekat-pekat. senang kata, segala keperluan hak asasi kecantikan dari hujung rambut perang Ramonah sampailah ke kuku kaki hasil pedicure, semuanya Ramonah ada. lengkap.

Suatu hari, Ramonah ada event. entah macam mana, Ramonah rasa gelang tangannya tak cukup. bukan takde yer, tak cukup. Ramonah pon bertanya kepada Aminah, "Minah..Minah..boleh tak Monah pinjam gelang tangan Minah?" dek kerana terlalu kesiankan si Ramonah yang dah gelisah gelangnya tak cukup utk lawan mami jarum sebelah rumah, Aminah pon memberi pinjam gelang pusaka kesayangannya kepada Ramonah. walaupun sudah diberi pinjam dan sudah siap disarung dah pun kt tangan, si Ramonah tetap ada benda nak complaint, "hurmm besar gak gelang Minah ni.." getus si Ramonah seolah2 lengan tangannya begitu kecil sehingga menampakkan gelang Aminah besar. tapi masih dipakai juga. dah pinjam banyak bunyi plak.

Hari berganti hari. Aminah hanya melihat sahaja gelang tangannya di dalam almari Ramonah. tidak berani nak ambil, walaupun gelang tu haknya tapi Ramonah dah kata nanti dia akan pulangkan gelang itu sendiri so Aminah tunggu saja masa tu tiba. karang dia ambil cuak pulak Ramonah kot2 gelang tu hilang. dek kerana menjaga hati dan persahabatan, Aminah tunggu jek laa masa untuk Ramonah nak pulangkan. maybe die nak guna lagi kottt, getus Aminah.

Minggu berganti minggu. Aminah mula rasa aikk die ni tau ke buat-buat tak tahu. gelang aku tuh. kalau disewa kepada Ramonah dari dulu lagi rasa-rasanya duit tu Aminah dah boleh beli setangkup lagi blusher untuk Ramonah sebagai tanda terima kasih kerana sudi menjaga gelangnya sampai tak pulang-pulang lagi. tapi Aminah sabar lagi.

Bulan berganti bulan, tiba-tiba konflik terjadi antara Aminah dan Ramonah. kalau dah nama perempuan so banyaklah konfliknye, tak usah diceritakan. Aminah dan Ramonah sudah kurang berkomunikasi. Aminah pula tak tahu mcm mana nk cakap kt Ramonah pasal gelang yang pernah dipinjamkan kepada Ramonah dahulu. walaupun mereka kurang bercakap tapi Aminah masih mengharap Ramonah tidak lupa pasal gelangnya itu. so Aminah diamkan jek. kang takut kalau mintak kang jadi konflik lain pula. makin sukar bila Ramonah semakin kurang dilihatnya. asyik takde jek.

lama-lama Aminah mula give up. walaupun hal dia dengan Ramonah dah lama berlalu dan ingin dilupakan, tetapi Aminah masih terbayang-bayang, terngiang-ngiang akan gelang kesayangannya itu. bagi dia kalau boleh trade kan gelang dengan persahabatan dia dengan Ramonah, dia lebih rela gelang itu dalam tangannya. tapi mcm mana...sekarang dua-dua perkara itu hampir hilang dalam hidupnya. Aminah tak tahu nak buat apa. dia kusut walaupun kehidupannya kini makin better dari sebelumnya tapi gelang itu tetap menjadi sesuatu tanda yang mengingatkannya terhadap Ramonah. bukan dia tak mahu mintak sendiri, tapi sebelum ni Ramonah pernah tidak menjawab mesej yg diberi Aminah. so Aminah rasa takde gune. end up Aminah malas nak pikir dah..

moral of the story, takde moral punye Ramonah!



Thursday, June 3, 2010

Cawan Dunia..kau sokong sape?

aku bukanlah hardcore fan of soccer..tapi kalau orang tanya aku sokong mana (which org takkan tanya since aku perempuan yg xde ciri2 tgk bola lgsg!) aku boleh jwb...

well well welll...





Don't Cry For Me Argentina..waka waka wak wak~

rindu zaman batistuta ade :(( takpe messi pon boleyy

gambar ihsan dr google. lu cari la sendiri!

Tuesday, June 1, 2010

pengusaha cafe berjaya

sile klik utk tumbesaran terjadi

korang nampak tak?? nampak?? ade sesape yg dah sampai tahap tu? hieee *bangga sorang2* so kalau ade sape2 tanye ape aku buat mase cuti ni, inilah peneman jiwa raga. like everyday okayy..orang takde life pon takde nye sampai mcm nie..korang ade? bak kata shasha...nonn adoooo!