Monday, May 30, 2011

Review Karak



di awal karier pengangguran aku bermula, semalam aku ambil kesempatan ikut cousin aku dan ex-officemates mase intern dulu pergi melaka. aku dah free beb. so sape2 ajak kuar, laaa ni aku tgh free. free sangat2 sampai aku rasa pergh aku mmg takde keje siot.

memula member ajak tgk nur kasih. memandangkan review nur kasih pun aku da post, apekejadahnye aku nk tgk lg kan? aku tak suke melabur utk benda yg sama melainkan aku suke. so aku decide nak tgk Karak. memandang cousin pun dah tgk nur kasih so aku heret die sekali tgk Karak walaupun die hesitate nk tgk citer hantu.

starting cerita agak bagus la di mana citer ni singkap balik pasal urban legend sepasang suami isteri yang keter tersadai kt tepi jalan. alah rasanya sesapa pun pernah dgr citer ni yg suami tu kene makan dgn hantu pelik ni.

so mase ni terus masuk ke adegan lain yg si nik (shahir af) tgh cerita psl kisah tu. rupanya diorang tersekat kt lebuh raya pasal ade accident, dalam mase tgh jam tu tetibe jek ade pengemis datang kt kete diorang cerita bukan2 psl benda misteri and mintak sambil derma ikhlas. konon2 nak wujudkan elemen seram la gaya bercerita, tapi ntah ler aku rase cm fake gile kau nk suara gigil2. time ni aku cume tergelak sinis jek. ceh sinis. gile tak logik sial, mana ade pengemis dekat highway. tak pernah aku nampak. so awal2 dah buat aku rase, ni mst lg banyak scene tak logik.

nak dijadikan cerita diorang ni masuklah jalan lama ikut pekan karak. yang aku takpaham tu si ida (kilafairy) berejam pandang compact powder duk makeup2, kejap2 pegang bibir, tepek2 dagu, pipi. kot yer pun nk jadikan watak perempuan gedik, tak perlula exagarate jage kecantikan tak kene tempat. nk jadikan cerita lagi, si jack (eyzendy) nk kencing. diorang stop la mane2. sambil tuh si getik ida ni lapar nk beli burger, si nik ikut skali, si zura (shira aiyob) stay jek dlm kete.

mase ni da start la si jack ni jmpe budak kecik baju skola tanya nampak tak mak die. kejap2 budak tu ilang. tetibe muncul balek. main2 budak ni. yg si jack ni pulak dah taw toilet jauh nk jugak cair toilet angker. dalam mase tu ade la scene2 yg korang boleh agak. tekejut sana sini. jumpe pompuan mntk tolong hantar la ape la. suara pompuan tu nk buat seram "cikkkkkkkk..." tah aku tak rasa takut pun sebab pompuan tu cube buat2 muka seram.

after that diorang proceed lah perjalanan diorang ni. tetibe ade kete high beam dr belakang. ade satu Volkswagen kuning potong diorang, ni pun urban legend gak kan. kete takde pemandu. and then kete tu high beam balek dr belakang. tgk2 rupanya perempuan yg mntk tolong td..

pasal dah kene ganggu so diorang ni pun eksiden la jatuh gaung pusing2 bagai...

and then..

hurm aku malas nk citer. pasal aku rasa boring. kehkehkeh

tp filem ni sama mcm filem khurafat (which lg better) dan juga filem2 seram horror thrill yg lain mengguanakn konsep "oh sebenarnya.." di mana kalau korang tgk part2 ending mesti korang akan cakap "oh sebenarnye die ni dah mati.." "oh sebenanrnye die ni yg jahat.." dan pelbagai lagi "oh sebenarnye.."

tapi ade jugak nilai positifnya. si zura ni dulu kononnya bekas ustazah, juara qariah peringkat negeri tapi die dah terhanyut dek arus kemodenan la. iman dah kurang. die sentap bile tok malam tanya dah berapa lama die tak sembahyang, kalau baca ayat quran tu setakat hafal jek taktahu maksud baik takpayah. yang ni aku pun tertikam perut dol. terasa. kehkehkeh. tapi aku setuju la pasal ikutkan berapa ramai budak2 sekarang kalau dah ade bf, kuar ngn kwn2, mesti tinggal sembahyang. btol tak? dah tak payah nak deny.

overall aku sebagai pengkritik filem takde degree, aku bagi 3/10. dari segi gambar, effect hantu, makeup sume cun la. tp penggayaan agak kureng. sexual appeal harapkan boobs kilafairy jek bek takpayah. jalan cerita hurmmm boleh laaaa...

utk pengolahan cerita dan skrip aku rase KRU patut mintak tolong khabir bahtia pulak. hahaha.

so people,

enjoy the movie to the fullshit :)


Friday, May 27, 2011

khalas :)

Diingatkan bahawa this post might be the longest one. so rasa2 tak larat nak bace takpe, boleh sambung esok.

Alhamdulillah. dengan resminya saye, adibah binti ali, berumur 22 tahun, masih lagi pelajar MMU Cyber, telah menamatkan industrial training saye di STMicroelectronics Sdn Bhd Muar pada hari semalam bertarikh 27hb Mei 2011.

hurray~~

tapi dalam gembira ade jugak sedihnya. aku boleh cakap aku cukup beruntung dapat intern kt tmpt tuh. cukup segalanya dengan kawan and orang2 yang care pasal aku. peh muke jek kiut tp hati legend gak aku ni.

ingat lagi memula masuk dulu. ahh taknak ingat. tapi nk citer jek balek. aku rasa time tu aku cukup berada di lindungan kaabah. datang awal bro! pukul 8 dah sampai dah. mase tu dapat parking pun depan2 lagi. jumpa semua orang aku senyum even dgn cleaner. yela mana tawu dari senyuman turun ke hati. kot2 boleh pancing sekor dua anak ikan. kah!

mase awal2 masuk, aku kene tunggu kt HR dept. mase tu mati2 aku ingat aku buat kerja2 HR, sebab memang tu yang aku mintak. ikut resume pun, memang HR jek la kot aku layak, kalau IT pun boleyy..sekali encik jamal, org HR tu ckp "kami nak tempatkan awak kt IE" aku pun okay kan jek la. ntah kejadah IE tu pun aku tataw. aku assume ade sangkut paut ngn IT kot.

sekalii kauuuuu...IE tu stands for Industrial ENGINEERING. taknak terberak pulak aku dengar kan. mampus la aku takde engineering background. sumpah kosong. lama jugak aku beristighfar macam mana nk survive. macam mana nk explain kt lecturer. macam mana tu macam mana ni..

ingat lagi madam goh yang jemput aku dr HR. masuk2 jek IE dept semua pandang pelik. perh rendah diri siot. sapelah aku nak dibandingkan dgn engineer2 ni sume. aku tersengih jek mcm kerang busuk. nasib baik ade cousin aku kt dept sama, so aku pikir ok la kot..first day aku duduk dkt tmpt budak yang MC pasal meje aku sume x siap lg. jangan gelak la kalau tgk workspace aku lepas tu, lagi buat aku nak menanges :'( memandangkan IE dah takde space lagi, so aku ditempatkan kat satu kawasan terpencil kat belakang sekali dgn bersediakan meje pantry yang muat2 letak satu PC ngn monitor, serta kerusi orang kawin. dah tu jek. tak perlula aku tunjuk gambar. sesape tgk mesti kagum dgn aku boleh bertahan selama 3 bulan lebih kt situ. but believe me, once u have to do it, u'll get to used with it.

member MMU lain sebok duk twitpic work area masing2. aku jek pikir seribu kali nak ltk ke tak. bile diorang paksa, yela..aku tawakal, dah bersedia kene jadi bahan gelak sume..

enjoy









haa gelak..gelak!

dahh jangan tengok lelama..kang bentan!


okeh back to the story..

memula sekali aku dikenalkan kpd big boss kt IE, ST Ong, orangnya muda, tomboyish sikit, dan ade ciri2 kempimpinan la die ni. after that aku dikenalkan pulak kpd LJ Tan, yes die ni la supervisor aku, orangnya agak berusia, patut dah pencen dah, suke pakai tali pinggang diluar kemeje mahupun dress (agak stylo). memula tgk die ni aku cuak gak.

after that, LJ ni kenalkan aku kpd CY Lee, CY ni la amoi yang tanya pasal babi tu kt aku. kehkehkeh. die ni baik orangnya. lembut jek. tahan die ajar aku itu ini. almaklumlah aku ni lembab. haha.

first day intern, banyak jugak aku berjalan dgn CY. kenalkan aku dgn line-line kt sini. akibat perubahan cuaca, masuk tmpt sejuk then kuar cuaca panas, bejalan sana sini, malam tu aku demam! lemah siot. ingat lagi jaja kol tanya mcm mana intern sume. aku konon2 malas jwb pasal demam. tp sebenarnye suara tgh sebak tahan nangis pasal aku mcm takbleh get over lg how to survive kt IE. HAHAHAHAHA!

walaupun demam, esoknya aku gigih gak pergi keje. takkan nk mc kot. baru 2nd day. time tu aku decide, if aku boleh survive dalam masa seminggu then aku teruskan jek la kt IE. if not, jumpa HR mintak tuka. tapi pantang berundur la beb sebelum mengalah. aku teruskan jugak. 2nd day aku dah dpt task. task ringan2 jek. isi2 data. tp tu pun fail. sebab kene byk guna formula excel. memangla aku fail! tp aku belajar jugak la. nasib baik Tuhan bekalkan aku dgn kulit muka yg agak tebal. so nak taknak, benda simple mcm mana nk =sum(....) pun aku tanye. kahkahkah.

after a few weeks, aku getting comfortable with the place. walaupun masih cuak2 tunggu jek ape pasnie keje aku kene buat. yela kadang2 LJ ni suke bagi keje yg aku rase agak impossible utk aku siapkan dlm mase yg diberi. ditambah pule dgn kelembapan aku. lagi2 dgn workspace yg menyekat pergerakan aku. sikit2 pen jatuh. kejap2 kertas terbang. yelah baii, mana nk susun sume tuh. tuh pun nasib baik CH Tan bagi sikit space die kt aku. bayangkan semua benda aku nk muatkan dlm workspace aku. tergamak.

dah lama sikit aku semakin ok. time ni member pun dah ade. aku beruntung pasal ade cousin. dgn member2 die jugaklah aku berkawan. diorang ni baik2 sume. aku suke pasal diorang ade satu sifat yg suke menganjeng orang, which aku bukan sahaje suke nganjeng2 orang, bahkan aku kebal bile dianjingkan. bak kata orang putih, when in Rome, do as what Romans do. utk aku, when a dog barking, do as what the dog does, or barking out loud more. woof woof!

as i said, semakin hari aku makin seronok kerja. walaupun kerja betambah2 and dah takde sape assist aku lagi. which aku kene pergi line sorang2, buat time study sorang, inventory sorang2. tapi as long as aku siap on time, and aku beri lebih dari ape yg LJ nak, die puas hati. agak berbunga bile die puji "you works are impressive" sape tak berbunga beb. yela aku awal2 dah kene psycho die tuh garang, mmg penah sekali depan muka aku die maki sorang pekerja die, like gile punye marah ah. aku yg ade kt situ terdiam jek. lepas puas budak tu kene maki, LJ tanye aku, "so adibah, do u interested on working here?" kau rasa aku interested kah????

tapi betul la cousin aku ckp, LJ tu kau kene ikut jek cakap die. as long as kau tak membantah and buat ape die nak, die akan okay dgn kau, kau pun selamat, sama2 happy. aku rase benda ni patut di-apply kt mana2 tmpt pun. never against you boss. or later, u'll be a dead meat. tp tu la prob nye, tak semua orang kite boleh puaskan hati. nak taknak tebalkan jek la taik telinga kau.

makin lama aku makin rapat dgn mereka2 ni. mereka2 tu kawan2 cousin aku tadilah. start with lunch everyday. so kalau dah everyday makan semeja, kongsi cerita2 politik dalam ST, gosip2 orang ST, skandal seks operator (ha jgn memain, ni betul2), what can i say, the only reason girls can be really close are gossips. itu lumrah. haha. bila diorang dah start ajak hangout karaoke sume, there's a feeling that you couldn't describe. semacam warm. begituhh!

lepas tinggal lagi sebulan intern, aku dah kurang menghitung hari, bile nak abes bile nak abes. dah kurang tgk kalender. dah kurang whining here and there. sebab ape, sebab aku dah totally comfortable. people here actually nice. diorang nampak jek sombong tp sebenarnya tak. diorang cume banyak kerja. yerla memasing engineer. ade target yang perlu dikejar. tak serius, tak berasaplah dapur. ade mase boleh nampak jugak diorang bergurau. contohnya, sebelah aku CH Tan, die manager, sepanjang duduk sebelah, die senyap jek. muka garang, tapi actually hati die kiut. die kuat menganjeng orang. lagi2 orang tu LJ. hahaha.

aku paling terharu bile minggu terakhir aku kt ST. member2 pakat ajak karaoke sempena farewell aku. bayangkan, tak sampai setahun kenal, tapi diorang sanggup dari office tak balek rumah terus pergi book tmpt, beli pizza kuar duit sama2 sambut aku yang setakat trainee jek. ade yang beriya suruh aku sambung kerja kt situ. ade pulak yang masih suruh aku join lunch even aku dah tkde nnt. ade sorang sanggup postpone leave pasal hari tu minggu terakhir aku nak spend sesama. terharu siot. kiranya kehadiran aku ni ade makna jugak la dalam hati masing2. esewah perasan~

yang paling aku tak sangka, department buat makan2 kt pizza sempena big boss nak resign. so aku just join jek la. mana la aku taw tetibe LJ ckp "makan banyak2, after this u kene bg speech"
serta merta perut aku sakit. nak terberak. nak tarik pizza pun gigil2, pizza pulak tanak putus. aku pandang zura, serius ke aku kene bagi speech? setahu aku ni bukan event utk aku. eceh buat2 tataw lagi kauuu..hehe..serius rupanya mmg event ni utk aku ngan chai, dis guy pun resign jugak, nak jadi cikgu. aku bile nervous mulalah menggeletis, gelak2 malu..semua orang dah tunggu speech. last2 aku ckp jugak la sepatah dua. tak perlulah sebut kt sini ape aku merepek depan sume. cukuplah aku ckp, aku mmg automatik transform jadi perempuan getis bila nervous. noktah.

so hari yg aku tunggu tibe. last day. aku xnak expect ape2 dari diorang semua. cukuplah ape yg aku dpt selama ni. semua orang duk sibuk "hari ni hari last day diba" secara automatik aku akan ade feeling mcm happy campur sedih. but more like sedih aku rasa.

oh yea btw, dis video sempat aku ambil pagi2 hari tu..




ptg tu LJ datang kt aku, die tanya what time aku balek, then tetiba die kuarkan satu bungkusan kecik. she said thanks a lot and all the best in your future. aneh, patut aku yg ckp thanks. as usual aku gelak2 gedik lg. malu punye psl. mana sangka dapat hadiah beb. actually utk diorang pun aku ade standby hadiah. tp aku xnak bg lg coz aku ade sejenis penyakit gile babi yg x boleh bg org hadiah sebab nnt aku jd aneh. senang kata aku malu. haha.

tepat 6.15ptg aku cm kemas2 sikit brg. ready to go bebeh. tgk semua orang serius lagi buat keje. mcm mana nk blah ni? takkan nk belah cm tu jek kan. gile takde ethic. orang penat buat makan2 utk kau, nak pegi mcm tu jek. aku message shasha, die suh salam org yg tertentu jek. aku ingat nk ckp thanks jek dah. tp tataw mcm mana. samada nk jerit satu department or say thank you kt sorang2. pergh benda simple cmni pun dilema ek. sengal gile. last2 mase aku tutup pc tu, CH Tan bersuara "OK Adibah, all the best in ur future..blablba...nnt kawen jemput.." dan terus LJ bangun dtg, bile semua dah perasan aku nak pergi, ade la yg say goodbye sume. all this while aku pikir diorang tk pernah perasan kwujudan aku kt situ. so rasa terharu lagi. ok perasan siut.

aku rasa ape yang aku alami ni sama jek kt tmpt lain. cuma this is the first for me. bile habisnya intern, insya'allah aku kira dah habes belajar utk degree (result belum kuar beb).. after this aku ade jauh lg perjalanan. banyak lagi nk kene belajar. apa2 pun, thanks to all for the support and all that yg aku dapat selama ni.





Sunday, May 22, 2011

Review Nur Kasih


salam sejahtera kepada semua,

hari ni dgn baik budinya saya, ehem..ingin memberi point of view dari sudut pandangan saye sendiri terhadap filem Nur Kasih.

well, seperti biasa, saye tgk movie kali ni with the whole family, lengkap pakej keluarga bahagia kesahnye...

nak start dengan ape eh..

dadadadammmmm~ *background music*

First of everything, this movie memang banyak bagi nilai murni dari sudut pandangan islam dan kekeluargaan, thats why aku suggest sangat2 tgk dgn family instead of dgn pakwe, nanti sentap sendiri. itu sudah pasti. tengok tajuk dah boleh agak. banyak pengajaran positif yang boleh penonton absorb dari filem ni. ade certain nilai murni yang kene paham isi tersirat sendiri.

tapi kali ni nak start review dgn benda2 negatif dulu. orang tua2 kata berusah2 dulu..

first 30 minute dah boleh buat aku menanges. aku jek la..tataw orang lain. sedih bila ustaz aidil terkenang pasal wife die, lakonan ayu raudhah. macam mana die imbas balik masa2 bahagia diorang anak beranak main-main atas katil. geletek2. gelak2. eh. memang happy la. walaupun tak bape nak logik orang boleh happy mcm tuh. patut pun devastated gile aidil. tp air mata kau akan stop agak lama lepas tu pasal scene2 sedih seterusnya depends on mood masing2 kalau nak menanges, menanges lah. kalau tak menanges pun takpe. pasal tak bape sedih. tp tak semua cerita perfect kannn. ade cacat celanya jugak. ade tak logiknya bile ustaz aidil flash back balik mcm mana wife die mati.

si wife die ni kononnye begitu terpegun tengok layang2 sambil die ikut jek mana layang2 tu pegi yang akhirnya jatuh kt atas jalan then die pegi amek dan tetiba jek ade lori langgar.

pastu mati.

dah habis watak ayu raudhah kt situ jek. kt sini agaknya khabir bahtia dah kehabisan idea mcm mana nk matikan watak tuh. nak buat bini die sakit panjang pulak kang. cara paling senang kita buat die kene langgar lori jek la. done.

another scene tak logik masa tragedi keretapi meletup tuh. cantik memang cantik cara keretapi tu belanggar. tp benda jadi cacat bile die meletup. boom! pergh gile CGI kau fail. nampak sangat letupan tampal. ade satu scene mamat arab terbakar sambil lari2, nampak sangat api kt badan die efek kartun. aku rasa kalau nak efek2 ni khabir bahtia patut mintak tolong adik beradik KRU. kalau jual mahal sgt, tak payah buat efek byk sgt. obviously fail.

pengambaran gambar lain memang tabik lah! walaupun amik gamba kt sawah padi kau boleh rasa suasana kampungnya. cukup kampung. belum lagi ditambah suasana kt jordan. yang ni serius buat aku rasa nak kumpul duit cecepat pergi umrah. ceh.

utk sudut pandangan positifnya, cerita ni banyak bagi kesedaran. aku rasa extremist-extremist sekolah aku dulu patut tgk, boleh sentap ni. ni aku refer pada scene di mana seorang ustaz enggan memberi ceramah berkongsi ilmu kepada budak2 kelas adam kerana yang perempuan tidak menutup aurat, lelaki duduk tak sopan serta bercampur gaul lelaki perempuan. kiranya ustaz ni tak membantu langsung dalam mendidik agama kepada budak2 zaman skrg. haaa 2 kali lima lah ni ngn cikgu2 sekolah aku dulu. kalau die tgk ni best ni. kehkehkeh.

aku paling suka waktu adam mengajar kelas agama, adelah budak pompuan ni ade crush kt adam. bile dpt peluang, girl ni nak talk heart to heart dgn adam, adam menolak dgn cara sangatt halus by calling his wife utk mendengar instead die sendiri mendengar masalah girl ni. kire die bijak handle situation dgn tak bagi peluang langsung kat girl ni nak menggatal kat die dan dia tahu batas dia as suami orang. adam memahami konsep prevention is better than cure. good job adam. haha. see, lelaki2 diluar sana, sile amek iktibar. hehehe

as a contra nye pulak, utk scene jehan miskin yang terlampau miskin ilmu agama sampai die pikirkan duniawi dengan menolak idea halal haram untuk membina sebuah kelab hiburan. then die bidas balik guna ayat sampai bila melayu nak maju. kat sini nur amina pulak kasik die sentap dgn menjawab rezeki saye bukan encik yang tentukan, tapi Tuhan. kahkahkah! terdiam cik polan mase ni.

jalan cerita aku boleh ckp ok laa~sama macam korang tgk drama2 kt dalam tv. tp cara pengolahan die berbeza. berbeza macam mana tu susah sikit nak explain. tp senang kata korang akan rasa dekat di hati.

overall cerita simple jek. senang faham even drama die dulu aku banyak tinggal. tapi dalam banyak2 movie melayu aku rase this antara yang bagus la. cukup nilai murninya, cukup pengajaran, cukup bagi orang faham. walaupun takdelah sedih mana seperti yang digembar gemburkan. masa Tiz tanya semua orang menanges tak tgk cite ni? patut aku jerit kuat2 "TAK SEDIH SANGAT!" sebab memang air mata kau akan fully stop mengalir bile scene sedih or the punching line die mcm..dah..sampai situ jek.

oh yea btw, aku tgk dekat dataran pahlawan. tepat2 waktu pelakon2 die buat tour kt melaka. dapatlah jugak tgk remy ishak, syafie naswip, fizz fairuz and tizz zaqyah secara dekat. betul2 dekat bile aku dpt tangkap ni haa..











Dagu syafie naswip..KAHKAHKAH!







and some other photo yang x bape nk clear.
*maaf hp cap ayam*


so people,

enjoy watching it. taknak tgk pun tkpe. tunggu kt astro ria raya dua tahun lg :)

Sunday, May 8, 2011

Another post for Mother's Day

Dear mak,

this is for you...



probably you would know where i bought this, not to mention that i didn't bake (obviously~) ces! but i hope you like it. don't worry about finishing it, i would be glad to do the honor.


lots of love,

youngest daugther (duh!)

Saturday, May 7, 2011

dedicated for the one i love the most

thanks for giving birth of me, feeding me, schooling me, cooking for me, teaching me, paying for me...biggest thank for Loving and Taking Care of everything.

i love you

Happy Mother's Day

Friday, May 6, 2011

dah mmg style kot..

alhamdulillah. last friday lecturer aku dah datang buat site visit kt ST. semua berjalan lancar. bukan takat tu jek, aku present pun lancar jek. cot cet cot cet macam tikus nak terberak. cuak punye pasal. kehkehkeh. but thanks to miss lee yang selaku bidan terjun jadi supervisor aku that day. supervisor asal mano? patah kaki kot, MC. pfttt.. nasib baik lah review baik2. mcm aku ni wanita lindungan kaabah die puji *grinning*

aku tak pernah cerita lagi ek mcm mana aku intern semua. selalu bagi minor insiden jek yg terjadi. nanti lah. maybe next post.

the other minor story of my internship...

last Thursday, aku kene pergi buat time study dekat PSSO dept. fyi, ni la keje yang aku duk menghadappppp sepanjang intern. sume line department aku dah jejak. asal masuk jek orang pandang pelik. budak baru..budak baru..tu agaknye diorang pikir. aku jalan dgn kerek sambil pusing2 tali stop watch sambil muka penuh dgn misi, memuaskan hati LJ (supervisor yg patah kaki tadi). kasik taw sikit gua bukan operator aka minah kilang. operator kat sini cun2 belaka. walaupun kene pakai mask, tang mata tak kene tutup, tu pasal exaggerate gile diorang make up. eye liner tak lentik kat ujung tak sah. baju kalau tak Gussi pun tak boleh. tu dia the merging of Gucci and Guess.

ok stop kutuk orang.

selalu aku kalau buat time study, orang pandang aku pelik sambil buat muka "pehal?". aku buat keje sensorang. tak kacau orang. kalau kacau pun if machine stop functioning, jamming dan sebagainya. time tu aku kacau sesape suh betulkan. aku takde authority nak sentuh2 machine. penah sekali aku gatal sentuh jugak angkat tray, hambek kau tertumpah units (semiconductors) dari tray. lepas tu cepat2 masukkan balik *tengok kiri kanan*. bile operator lalu buat muka takde..takde..aku tak buat ape2.. sumpah pastu aku tak sentuh ape2 dah. mati kau, kantoi tu mau tak kene tendang aku. baru jadi trainee, belum ape2 dah buat hal.

yang aku perasan, dkt PSSO ni ramai technician hensem2. ok stop it rite there. aku bukan gatal. tu hakikat. setelah beberapa kali aku observe, yup mmg hensem walaupun pakai mask. tak tahulah kalau bukak macam mana. so mcm biase aku buatlah time study sambil tercongok kt depan machine bertemankan stop watch serta file itam keras aku. tgh khusyuk buat kerja..tetiba aku sorang mamat ni datang diri sebelah aku. pandang aku senyum. dalam hati aku pehal die ni..tapi cute jugak. aku gelabah ah tak boleh orang tenung aku mcm tu.

tetibe die bersuara..

die: akak buat ape ni kak.. (akaaaakkkkk??)

aku: mmm time study (time ni aku risau jek die tak paham time study tu ape. aku malas nk explain)

die: ohh ape tu? (kan betol aku cakap)

aku: hurmmm kire capacity machine..nk tgk processing time per unit.. (hopefully die paham..pahamlah!)

die: ohhh..kenapa x amik jek index kt screen ni.. (alhamdulillah die paham)

aku: ni kene praktikal punye..

dan perbualan kitoang berpanjangan sampai kt mana aku belaja, mak ayah keje ape, lalalala...

at first aku rasa awkward, but that guy ade good communication skill. aku cakap mcm tu pasal jarang aku boleh borak dgn stranger lama2 (especially guy) tapi kali ni aku boleh belah sikit. selalu aku borak dgn mesin jek. lagi2 kalau mesin tu jamming.

borak punye borak, gelak punye gelak (ceh!)

tetiba ade sorang minah kilang ni datang...

tetiba jek minah ni grabbed his jump suit at the chest part sambil merengek mcm mintak susu badan

"banggg mesin sana tu jammm..tgk kann.." sambil meneruskan tarikan kt dada mamat tadi

aku terdiam

hurmm okeh.

aku fahamlah sekarang.

korang paham tak?

maknenye this guy mmg sweet talker. semua minah kilang ke mana2 pompuan dtg situ die layan kaw2 punyelah. no no aku bukan buat assumption la..tapi..haa yela assumption la..come on la, maybe kalau die layan aku lama lagi agaknye aku pun boleh buat benda yg sama? sape tahu. (simpang malaikat 44)

atau pun..

memang budaya antara minah2 kilang seantero ST main tarik2 mamat kilang cmtu kot..or aku jek yang tak biasa? maybe..

ape2 hal pun gua agak turn off. habes buat time study. gua blah. huiyo emo.

dari ekor mata aku nampak cik polan tadi nak dtg balek.

sorry, i don't deal with prick.

bukan2 aku bukan perasan. tapi aku taknak la kang esok lusa ade cat fight between aku ngn minah kilang tadi. u know what i mean. matilah perasan. lalalala..