Friday, March 11, 2011

kisah jam tgn

semalam aku nearly hilang jam. hilang jam jek. kecoh betol kan. tp bila pikirkan balek, jam tangan tu mak aku bagi, dan paling bertahan lama aku penah pakai. it was a gift masa aku 18 tahun, ke 19? tak ingat la. tapi kalau da tolak tambah dgn umur aku sekarang, kira dah 4 tahun jugak aku pakai.

balik kerja dalam 6.30 ptg, selalu singgah surau dulu sebab aku tahu balek rumah aku terus nak menempelkan diri kat katil. maybe pasal jam tu dah lama sgt pakai so aku just letak jek sepah2 atas sejadah. tak sedar mase nak balek tu tak pakai. yang best tu belum sampai guard house lagi aku da perasan jam tu takde, tapi aku still menapak ke parking jugak, maybe dalam hati ade ni kat mana2 dalam beg aku campak. jauh bejalan aku godeh2 jugak. pelik, takde. pastu bukak beg telekung, depan2 org ramai time tu kau nk bukak telekung. holly sgt. dah sampai kete aku cam pasrah. memang takde. so maknenye kene menapak lg la ni ke surau. hack jauh gile ok. last2 aku drive jugak dekat2 guard house. matilah parking mana2. taknak jam hilang, jap lagi kete plak ilang.

sampai guard house, kene check bag. crap, as a trainee kat situ, aku not supposely bawak phone. tetibe guard tu seluk2 bag aku. time tu rasa macam kene cabul jek. apehal tetibe nak check selama ni aku lepas jek. tapi aku pandai. aku cakap ngn die takde apelah! haha pasal kau myanmar so aku as a origin citizen, aku rase die tak berhak nak check aku sedangkan pendatang sebenar adelah kau! tetibe..

dah penat menapak ke surau aku terus pegi sejadah aku guna tadi. adeh ade makcik tgh solat plak. tp dgn selamba anak tapir aku geledah sikit depan tu. mesti makcik tu solat x khusyuk pasal tudung ngn beg die aku tolak2. kehkehkeh. tapi jam tu dah takde, aku da panik. mcm mana ni? time tu aku sedar jam tu adelah penyumbang terbesar utk aku tgk masa especially mase nak tunggu balek keje. aku dah pasrah. aku rase cm nak balek jek. ni mesti ade minah2 kilang dah amek ni.

tetibe tergerak hati nk tgk atas rak quran kt surau tu. aku gembira. aku terharu. jam aku betul2 atas tu. mase tu tak pernah rasa happy mcm tu sebabkan jam jek. hehe. makcik yg tgh solat tu pandang aku pelik sbb senyum sorang2. aik makcik, solat pun boleh tgk2 org? dan dalam masa yg sama aku rase besalah terhadap2 minah2 kilang kat situ pasal aku da fitnah diorg curi jam aku.

pastu aku balek dgn bahagianya. berakhirlah cerita jam tgn takde motif aku. the end.

p/s: bosannyeee sabtu niii

Thursday, March 10, 2011

A:....

B:...

A: i know you bitching about me behind my back you little bitch!

B:...

A: ......*angry while crying*

B: how did you know?

A: i read your IM..

B: behind my back?

A:...

B: so what makes a different between you and me?

A:....we both bitches *crying out loud*

Friday, March 4, 2011

"teh o ais limau kak."

setelah kesekian kali lamanya tak update. busy maybe pasal baru start intern two weeks ago. penat masya'allah..tak tahu pulak diorang kerah trainee mcm nak gila. so then after this, saya suggestkan sape2 yang nak intern, internlah kat situ. trust me, u will gain many things; dari kaki nak terputus pasal banyak buat time study kat department2 lain sampailah ke penggunaan microsoft excel yang zero knowledge. bukan tak tahu langsung tapi formula2 die yang buat nak terputus kepala fikir. supervisor pula taknak ajar. terima kasih ok. banyak2.

ok la back to the topic; teh o ais limau. my favorite..mmm lagi2 mase musim panas ni. kasik basah tekak fuhh macam air terjun jek dalam mulut. sekali hirup mahu setengah gelas abes. then legaaaaaaa...

boleh dikatakan kalau makan mana2 mesti order ni. takdela selalu..kadang2 tu teh ais, teh o ais. benda2 berasaskan teh la senang kata.

ni nak share la satu cite; member pergi lunch kat RasaMas. mesti korang taw kan? biase2 jek kan? sorang cik kak ni dtg la nak amek order. member pun ckp la "teh o ais limau eh.."

tetibe budak tu blur..


pandang jek muka member..


lama..



member pun pelik la..ade sayur ke gigi member?



pastu baru la cik kak order ni bersuara.."ooo ice lemon tea?"


lahh tu jek ke kau tak paham? adek, pegi balek bukak kamus sana. ade beze ke dua2 perkataan tuh..janganla nak ckp lu keje restoran ekslusif (RasaMas jeh!) lu tak paham ape tu TEH O AIS LIMAU. takkan la lu tak pernah singgah mana2 warung order benda sama kott..

or maybe die dah terbiasa dgn term "ice lemon tea" instead of "teh o ais limau". yela mana kita taw kan..agaknye selalu jek mat salleh makan situ..apa2 pun member tak salahkan die..die penat sangat keje tuh..

apa2 pun servis tak perlu la lambat sgt eh dik..akak masuk keje balek kol 2. makanan sampai kol 2..akak trainee jek dik, tak pasal 2nd week da kene tulis nama kt guard pasal lambat. peh terimbau memori maahad dulu..kehkehkeh.

Monday, January 31, 2011

Don't DREAM and drive

Tadi petang nearly aku nak langgar sorang pakcik ni. Actually dah langgar dah pun sikit. Nasib baik Allah panjangkan nyawa die lg. Kalau tak dah boleh bayang aku kene gari sambil diiring polis masuk kete, tutup muka dgn tudung dgn wartawan berpusu2 pegang mic ngn kamera (tetibe ade wartawan..choy!). Ditangkap atas kesalahan juvana melanggar seorang pakcik yg tak berniat nak melintas mase kereta ngah sebok dok selit menyelit (tu diaaa tak sedar diri..juvana lg ke?)

Cite die cenggini, biaselah jalan area2 pasar kerinchi (depan lrt U), mase tgh peak hour baru lepas amek princess2 balek kerja. So traffic agak slow melow, jalan sikit2 dah kene break. Bile da jadi camni mana la gua nak perasan bai benda2 kecik ni. actually aku ni yang ade masalah nak perasan hal2 remeh temeh ni. contohnya pakcik tadi. kalau traffic dah slow, yg aku fokus adelah kereta2 bergerak. manusia sekeliling aku assume dah cukup bijak pandai utk lintas jalan. kereta depan gerak, aku gerak. tak perasan pulak mase tu ade warga emas nak melintas, betol2 sebelah kete. die da angkat tangan tanda nak lintas, tapi aku jek tak perasan. mase tu pun mmg nak pergi pasar malam, so dalam kepala dah pikir char kuew teow kerang dgn tau foo fa. jaja dah jerit dah ade orang nak lintas, tapi aku ingatkan die ni tak siuman ke ape ttbe nak jerit.

Tetiba yang aku perasan...



ade pakcik tengah tergolek depan kete..




terdiam kejap..(tapi kete gerak lg time tu..)

kesian tgk die bersungguh bangun angkat badan die kt kete. then die sambung jalan. tgk care jalan da terjengkot sikit. lagi sayu bile die angkat tangan kat aku samada die mintak maaf pasal die main jalan jek atau die just nak tunjuk "takpe nak,pakcik okay, pakcik selamat.." time tu yg aku boleh buat cume...angkat tangan balek. mase perasaan da becampur baur..

pelik..sejak bile plak ade orang nk lintas?

tak sampai hati..pasal dah jatuh die berusaha bgn sendiri tanpa sape2 tolong..

rase besalah..pasal aku yg bwk kete patut tolerate dgn pejalan kaki

lagi guilty..pasal die warga emas, patut aku yg hormat lebih...

sedih...pasal die masih lagi boleh angkat tangan..kalau die lah yg mintak maaf psl aku langgar die, mau tak meraung jugak aku..

betambah2 besalah gile babi...pasal lepas tu aku jalan jek, takde rase nak bukak tingkap nak ckp "maaf pakcik saye langgar pakcik.." siap boleh sambung pikir nak beli ape lg kt pasar malam.

dalam kete boleh plak gelak2 ngn jaja psl kelaka tgk pakcik tu jatuh walaupun dalam keadaan besalah (sah gile) dan masih lagi nk pertahankan diri..sumpah aku tak perasan ade orang..yang pakcik tu tetibe nak melintas apehalll...ish tak patut *geleng2*

sampai sekarang aku tak boleh lupe muka kesian pakcik tadi. kalau boleh jumpe, mmg nk jumpe salam tangan die mintak maaf menanges2. terbayang kalau betul2 aku langgar tadi menyebabkan die tak boleh cari rezeki utk anak2 kecik die kt rumah sampai anak2 die terpaksa berhenti sekolah sorang demi sorang pasal takde sape yg nk cari duit buat belanja yuran sekolah. lebih haru kalau isteri die kt rumah tgh tunggu die balek bawak tau foo fa tapi hajat tak kesampaian pasal kene langgar. lg dramatik kalau die teseliuh, doktor sahkan die tak mampu bergerak lagi menyebabkan isteri die yang jugak sakit tak boleh bergerak kempunankan tau foo fa selama2nya. aku kalau tak berdrama tak sah kan?

actually ni dah kire 2-3 kali jugak aku nak langgar orang. masalah yang sama, sumpah aku tak perasan! yang aku ingat aku hampir2 nak langgar anak kecik burger mat salai kt MMU. mase tu sarah tukang jeritnye, mcm biase aku jalan jek, seb bek slow. kalau tak dah innalillah budak tu. aku pun kempunan makan burger mak bapak die buat psl kene ban. second time, kat bukit bintang. sama trafiic slow gak, jalan punye jalan tak perasan dah tibe zebra cross, orang ramai melintas aku men jalan jek sampai semua bagi pandangan maut kt aku. aku bunuh gak pompuan ni kang!

apa2 pun aku besyukur sbb pakcik tu masih hidup, masih mampu berjalan, masih mampus cari rezeki (insya'allah). aku cakap serius ni..aku besyukur *tadah tangan*


Sunday, January 9, 2011

what's wrong with malay songs?

dalam bahasa melayunya, ape masalah dgn lagu-lagu melayu? entry ini ditujukan kepada mereka-mereka diluar sana yg dah rasa diorang cukup cool dgr lagu2 english, or tiap kali masuk kete tuka hits.fm mahupun fly.fm. cool siot korang.

one day ni aku pergi la midvalley, masuk kamdar, biasalah dorang pasang lagu2 melayu. tetibe keluar plak lagu2 ost magika. since aku da tgk cite tu berulang kali (ni kes bosan la bukan taksub) so ntah macam mana mulut ni pun sama terikut nyanyi. tak salah kan? sebab aku orang melayu. tetibe cik member tegur, "omg tak sangka kau taw lagu ni.." senang kata member ni pun cool gak, tak dgr lagu2 melayu sgt. gua pedulik ape bai. gua nak nyanyi, gua nyanyi jek. few minutes later, terkuar plak lagu elyana. sape penah dgr yang lirik die ade tarik2 tali bagai. hah lagu tu pun boleh dikatakan favorite. lagi skali member tegur "diba plsss..."

di sini saye bukanlah nak menegakkan lagu2 melayu, tapi kadang2 tu kalau kite x suka lagu melayu, like more kebaratan sana, tak perlu la nk memperlekehkan kalau orang lain suka lagu melayu. sama macam kalau kau tak sembahyang, member kau sembahyang, then kau gelakkan die kononnye die ni konon2 baik. lebih kurang la.

aku tak tahu ape masalah dgn lagu2 melayu sampai kene gelak bagai for certain people. tapi AJL hang tgk pulak. for me sama jek. cume konon pasal die melayu so ade kurang la. tapi masalahnye da memang gitu gayanya. cuba translate love the way you lie kepada melayu, lagi orang gelakkan. so sama la, nak buat lagu kene gayanya. sama mcm lagu melayu, dah die melayu, so gaya melayu la. ade jek lagu2 melayu ala barat, oh tak2 yg tu korang dgr...pftt~

nak dgr lagu english tak salah beb. tapi tak perlula perlekehkan org dgr lagu melayu. kau tu bukan melayu ke? bahasa harian kau english ke? rambut kau original blonde ke? silelah tanya soalan2 tu kt diri sendiri ok. hidung kemek jawa tak payah nk implan jadi omputih. sama jek dua2 kau boleh bernafas.

aku cakap ni based on experience sendiri jek, ramai member2 aku yg mcm aku ckpkan tadi. no offence la just nak bagi clear sikit. clear ke? hehe. tapi apa2 pun, senang kata cerminlah muka tu dulu. banyak dah dgr bile tanya member2 wei ni lagu ape eh..sorry i tataw..sorry, i tak dgr lagu melayu sgt...ceh! dalam hati tu sebenarnye, peh bangga siot aku tataw lagu melayu..

tapi yg peliknya, lagu seberang kau layan plak. ke kau orang ni asal international jek, layannnn~

belah laa..

nah aku kasik korang layan lagu ni..menarilah sampai lebam!



Thursday, January 6, 2011

im in phase 2 : denial

dear family and friends,

thanks for making my...mmmm first entrance adulthood age, quite fun. heh. yea im older a year now. but still, masih ade budak perempuan tersepit dalam tubuh seorang wanita *rolling eyes* i might think that im in the denial phase where i couldn't stand of being...err what do we call it..a woman? yay diba dah tua.

wassup?

never mind, just wanna give a big *hug* to Facebook and Twitter for playing a big role. you know what u did. thanks a lot.

i sure think that 22 16 is.. ehem..masih muda..takpe ade byk tahun lagi sebelum 30. kan jaja kan? as if sempat la to blow those candles.

for those yg bagi presents, next time, leave the price tag on okay so that i know how much value i worth for. nahaaa kidding! terima kasih lah banyak2. Tuhan jek mampu balas jasa korang nak bagi hadiah as i thought, takpe..tahun ni takde orang nk bagi gift dah. dah tua. hehe. ade gak.

other thing to say, mmm no more. i just hope i'll be able to get through for another 365-day journey with full of evil , love, joy, happiness, blablabla. taknak dah buat jahat2. be nice lady.

well nothing more

happy birthday to me orang yang tak boleh terima hakikat die dah bukan remaja. arghhh

agak2 kalau seterika muka ni jadi muda balek tak?
tu jek :)

Monday, December 20, 2010

interview itu suck

blog da jadi pekasam.
lagi masam lagi best kan?

banyak actually nk di-blog-kan. tapi asal duduk depan laptop, sign in (okeh ade lupe password sikit eh) then jari nanti cm ketuk2 slow kt keyboard. ape nak tulis..ape nak tulis..ahh tutup bukak facebook.

gitulah kisahnye..sampai ke sudah tak update. kesian readers (ado ko?)

k la nk story mory la. next sem aku dah nak intern. mak aih rase kejap sangat ek. rase baru haritu check in kat ixora mase MMU Melaka. then pindah Cyber. gadoh sini. gadoh sana. ngumpat sini. kutuk sana. tup tup dah nak 4 tahun dah belajar kat MMU.

back to the story pasal nak intern nih. baru petang tadi balek dari interview kat bangsar. syarikat yg meng-interview dirahsiakan atas alasan nanti orang lain pun nk intern situ (boleh belah) hehe. nak clue, tempat tu area2 jalan telawi, kalau kau org tgk dgn mata kasar, memang miss punyela tmpt tu. pasal apo? pasal mmg tersorok comel jek celah ketiak kt bangsar tuh. aku dah sesat, jalan punye jalan dgn nurul, oh ya terima kasih nurul bawak teman g interview. hihi. then aku call la encik peng-interview tu. rupanya dekat jek tempat kitorg parking. takpelah gugur sikit lemak. confident sikit kan. bila da masuk, aik takde orang. ketuk punye ketuk, still, non ado. haih tak profesional lah (getus dalam hati) then ajak la nurul turun bawah balek, maybe pasal kitorg awal kot. tengah duduk2 betulkan seluar, tetibe ade la sorang cik polan ni, namakan die cik polan la eh, bukak pintu. oh ade orang rupanya. ingatkan semua pegi mencekik, maklumla lunch hour kan kitorg dtg. sungguh tak beretika.

masuk2, cik polan suruh candidate masuk, aku la tuh. die cakap "you sit here then fill the form." oh ok aku duduklah. duduk punye duduk form ape die nak suh aku isi? time tu nak msg nurul, alahai phone bagi kt die plak. aiseh.

tunggu punye tunggu, cik polan sampai bagi form. lorh.

sesi interview meng-interview pun bermula. gua rilek bai. ni second time dah. so konon boleh taram ah kan. sekali kauuuuuuu..

die bagi situasi..

let say you working here alone then,

situation a; 3 candidates call you asking for their application, whether is accepted or not.

situation b; 2 clients (companies) calling asking for resume for them to hire a candiate.

situation c; you are reviewing some resumes before situation a and b happened.

taw aku jwb ape?
nih diaaaa...

lebih kurang camnie la jwpn die..tapi berteraburrrr..

"i'll be working on the resumes i review (situation c) then i'll get back to the clients (situation b) for asking them time they are available for interview. after that, i'll get the candidates (situation a) give the appointment their interview with the companies"

bijak tak aku?
tak..aku tak bijak. pasal jawapan aku salah. jawapan die senang jek bro! nak taw?

kau pergi interview sana..

kehkehkeh

basically it went well la walaupun terbagi jawapan budak tadika.

hopefully dapat pasal office tu dekat dgn bangsar village..ops nak terberitahu.

lagi best pasal sebelah jek dgn subway..opppss! nak terberitahu lagi..hahaha Justify Full